genang
[ sisi gelap lelaki ]
Pembaca yang budiman,
Genang adalah karya pertama penulis. Diharapkan pembaca terhibur dengan imaginasi penulis tentang dunia orang-orang seperti kita. Saya tujukan Genang ini kepada seseorang yang telah menginspirasikan saya menulis dan juga kepada anda yang pertama kali membaca karya saya. Komen dan cadangan sila e-mel ke demidengree2@yahoo.com.
Terima kasih.
Selamat membaca.
Seth Anwar
03 Oktober 2007
Bab 1
Suasana di panggung wayang penuh sesak, bising. Lampu masih menyala. Bila-bila masa sahaja tayangan filem Gubra akan bermula. Kalam tak sangka bahawa cerita Yasmin Ahmad ini mendapat sambutan yang hebat. Dia rasa ini mesti penangan filem Sepet tahun lepas yang mendapat anugerah filem terbaik Festival Filem Malaysia. Kalam memang meminati filem-filem Yasmin Ahmad sejak filem Rabun lagi. Di sebelahnya ialah kawan rapat Kalam iaitu Haris. Haris pula bukanlah minat sangat filem-filem macam begini. Tapi atas desakan Kalam supaya menemaninya menonton filem ini, dia akur. Bukan apa, dia sudah serik sebab dahulu Kalam pernah mengajak dia menonton filem Beautiful Washing Machine yang bosan tahap dewa itu. Tapi dengan syarat, Kalam bayar separuh harga tiket filem Gubra. Kalam pun setuju.
Lampu diterangkan semula, ramai penonton bangun hendak meninggalkan panggung.
“So macam mana?” tanya Kalam.
“Boleh la…, tapi aku tak paham kenapa bilal tu kena pegang anjing tu dan kenapa dia tak tunjukkan bilal tu ambil air sembahyang sebelum azan? Mesti kontroversi cerita ni.”
Kalam senyum saja. Dia tahu penonton macam Haris ni perlu dididik dengan cerita-cerita yang lain sikit daripada genre yang Haris minati seperti Nana tanjung, Tangkai Jering, Anak Mami dan yang sewaktu dengannya.
“Eh kau tak tau ke, binatang macam anjing kita boleh sentuh kalau kedua-duanya dalam keadaan kering. Lagipun bilal tu nak suruh anjing tu ke tepi takut-takut anjing tu kena langgar lagi nanti” Terang Kalam seperti ustaz.
“Habis tu perlu ke setiap perbuatan tu di rakamkan dalam filem 2 jam sayang oii” Kalam menambah.
“Ye lah, bagi kita orang Islam tau la bilal tu mesti dah ambil air sembahyang sebelum sembahyang, tapi macam mana dengan bukan Islam yang tengok cerita ni” ragu Haris lagi.
“Dik, filem tu kan very subjective. Lagipun benda-benda ni lah yang buatkan orang bukan Islam tertanya-tanya atau mungkin tak tau pun kalau lepas pegang anjing kena ambil wuduk sebelum sembahyang ke, atau memang kena ambil wuduk sebelum sembahyang. Itu pendapat aku lah. Secara tak langsung diorang tau serba sedikit pasal Islam ni. Tak tau la apa yang Yasmin cuba nak sampaikan. Aku pun bukan terror sangat menafsir-nafsir filem ni. Cuma minat.”
“ Yo lah… jom balik lah” Haris mendengus melihatkan semakin sedikit penonton dalam panggug itu.
Nasib baik dia bayar separuh harga tiket. Kalau tak di ungkit-ungkit betapa ruginya membayar RM10 sampai ke mati kerana menonton filem-filem yang entah apa-apa.
“So, perang kau dengan laki kau macam mana?” tanya Kalam kepada Haris sejurus selepas kereta Kalam meluncur keluar dari tempat letak kereta.
“Entahlah, dah berapa hari dia tak tegur aku. Biarlah…” Haris berkata dalam nada malas.
“Habis tu nak sampai bila..? Dah la duduk serumah. Tak faham aku cinta sejenis ni.” Bebel si Kalam risau dengan kisah hidup teman rapatnya itu.
“Ala, kau tak menghadapinya mana kau tahu. Dah la, tukar topik. Lagipun cinta sejenis ke, cinta dua jenis ke, sama jer. Kalau dah dasar ‘jantan’ tu…” Dah.. kau pulak sampai bila nak single? Dah setahun aku rasa kau single, tak tandus ke?” tanya Haris mengubah topik.
“Aku biasser lerr, lone ranger”.
“Lone ranger ke touch and go dik” balas Haris memerli.
“Kau dengar ni, sedangkan orang kahwin ada ikatan, dah berkongsi harta benda, beranak-pinak pun bercerai, inikan pula couple plu yang kononnya bercouple - yang tiada ikatan… cuba bayangkan…” terang Kalam.
“Itulah. Aku fikirpun macam tu. Tapi nak buat macam mana. Dah kita pilih hidup kita macam ni. Tapi aku percaya kalau kita jumpa orang yang betul dan masing-masing faham keadaan ni mungkin semua akan ok” Haris memberi pendapat. Baginya biarlah suatu hari nanti Zaki akan benar-benar berubah.
Kereta Kalam berhenti di depan rumah Haris.
“Ok, thank you….”. ucap Haris.
“You’re welcome. Jumpa esok” jawab Kalam.
“Aku tak nak adegan periuk terbang melayang yer” Kalam berseloroh.
Haris mampu mencebik bibir sahaja. Kalam dan Haris adalah rakan sepejabat, mereka berkawan sejak dari universiti lagi. Ditakdirkan mereka juga bekerja ditempat yang sama. Waktu hampir larut malam. Kalam meluncurkan keretanya terus ke Keramat. Pulang.
----------Ж-----------
Jika dilihat kepada Fadil, dia macam lelaki biasa. Boleh tahan juga orangnya. Boleh dikata menjadi idaman wanitalah. Apa taknya dagu berlekuk, dada bidang. Walaupun dia tidak pergi ke gim Fadil mempunyai tubuh yg agak sasa. Sedap kalau dipeluk tidak kira lelaki atau perempuan. Tapi malangnya dia sudah dimiliki. Syarifah El Lateefa namanya. El biasa orang panggil. Seperti perempuan lain, El bertudung, berbaju kurung bunga-bunga tetapi minat lagu-lagu rock terutama kumpulan Spider dan bukan Ella sendiri. Dia tak kisah kalau pergi ke konsert-konsert rock sambil head banging sambil bertudung. Tapi Fadil tak kisah itu semua. Asalkan El sayangkan dirinya.
“Sayang, bila boleh bawak you jumpa mak bapak I ni?” tanya El memulakan perbualan dimeja makan KFC Ampang Point petang itu.
“Ala.. nanti-nanti la yer.. awak ni pun. Kan kita baru je kenal. Desperate ke?”
“Memang I desperate. Kenapa?” getus El.
Terbeliak mata Fadil. Biar betul awek aku ni. Kata Fadil dalam hati.
“Yang, dah hampir dua tahun kita kenal. Umur dah 27. Mak asyik tanya je. Bosan tau”
“Ala nanti-nantilah… duit tak cukup” hanya itu jawapan yang mampu Fadil berikan. Pada Fadil dia tidak kisah sama ada El puas hati atau tidak dengan jawapan itu. Buat masa ini dia mahu bebas dahulu. Tak mahu terikat dengan ikatan perkahwinan. Berita-berita perceraian di akhbar-akhbar selalu merisaukannya.
“Kalau nak ikutkan duit, sampai bila-bila pun tak cukup. I bukannya nak kahwin macam Siti Nurhaliza pun” El memuncungkan mulutnya. Tak dijamah pun daging ayam KFCnya.
“Baru 27, tengok Ella tu dah 40 pun still steady je” gurau si Fadil.
“Eeeii geramnya….” Marah El. “Dah berapa kali saya cakap saya ni Syarifah El Lateefa. Bukan Ella.” Kuat juga El memarahi Fadil. Pelanggan lain saling berpandangan sesama mereka.
“Awak kahwin je la dengan si Tam tu. Kan dia kenal awak” Jelas Fadil. Fadil sedar, Tam vokalis kumpulan Spider tu memang sudah kenal El sebab El selalu mengikuti pertunjukan kumpulan itu. Kalau pertunjukan di Lembah Kelang pasti ada batang hidung El. Fadil tidak pasti sampai bila harus dia menghadapi semua ini kerana hatinya masih diletakkan pada seseorang. Tiba-tiba telefon bimbit Fadil berbunyi :
Sender - jumpa malam ni pukul 10. datang tau!
Fadil - OK!
“Siapa tu?”
“Kawan” balas Fadil.
“Kawan..kawan.. Malam ni saya datang. Awak dah burn kan CD Third Eye Blind tu kan?”
“Belum…nantilah.”
“Tak habis-habis penyakit ‘nanti’ dia ni” getus El pula.
“Next meeting saya bagilah”
“Ye lah” Jawap El muncung.
Fadil terus menghabiskan ayamnya. El pun terus menjamah ayam goreng yang belum disentuh sejak tadi. Fikirannya berkecamuk. Dia terus senyap sambil menikmati makanannya itu.
Bab 2
Kelihatan Kalam menyendiri dalam biliknya. Sambil mendengar lagu dari handphone walkmannya. Sambil baring. Biliknya kecil. Boleh muat seorang saja. Dia tak kisah asalkan dia selesa dan tiada siapa boleh kacau hidupnya. Sebenarnya Kalam tinggal berdua dengan Rizan. Rizan pun gay. Senang serumah dengan satu kepala ni. Rizan bilik lain. Lebih besar. Selalu juga berangkut. Lantaklah dia hendak buat apa. Kalam tak kisah asalkan jangan ambil dadah. Kalam tidak lupa menasihati Rizan supaya mengamalkan safe sex. Kalam menatap poster filem Puteri Gunung Ledang dibiliknya. Filem yang amat diminatinya. Dia terasa amat bosan malam itu. Baru pukul sembilan malam. Sejam lagi pukul sepuluh malam. Dia tidak sabar menunggu pukul sepuluh.
Tok..tok. Tiba – tiba pintu diketuk. Rizan menjengahkan kepalanya disebalik pintu. Dia lihat Kalam sedang baring memakai boxer sahaja..
“Kau buat apa ni? Boring la. Jom keluar..” Rizan mencadangkan kepada Kalam kerana kebosanan duduk dirumah pada malam minggu begini.
“Malas aku…”
“Fadil nak datang la tu” Rizan serkap jarang.
“Abis tu?”
“Haaaa aku jugak yang sorang-sorang malam ni” kata Rizan seperti merengek.
“Kau panggil je la stok-stok kau tu” Kalam terus baring sambil mendengar lagu VE. Rizan terus masuk menghampiri Kalam.
“Haa dah ready la ni”
“Ready apa?”
“Sudehhhh…..”
“Rizan, boleh tak kau tinggalkan aku sorang”
“Ok. Enjoy!” Rizan terus berlalu keluar dari bilik Kalam.
Kalam tahu apa yang dimaksudkan oleh Rizan. Tapi malas hendak layan. Bukan sebab excited sebab Fadil mahu datang tetapi ada sesuatu dalam fikirannya yang mengganggu. Haris tidak tahu hubungan dia dengan Fadil. Dia tidak mahu Haris tahu. Dah enam bulan hubungan mereka berlangsung. Kalam pun berasa pelik bagaiman dia boleh tahan sampai enam bulan rahsia hubungannya dengan Fadil. Mungkin sebab dia bukan jenis yang suka menceritakan hal peribadi atau masalah sendiri kepada orang lain hatta rakan baik sendiri. Kalam tahu yang Fadil ada girlfriend. Lawa pula. Sepadan sangat dengan Fadil yang handsome tu.
Kalam bangun. Dia lepaskan earphone dari telinganya. Dia rasa dah tuli telinganya mendengar melalui earphone. Lalu dia berjalan menuju ke radio lalu membuka saluran radio. Ah teringat pula dengan bekas teman lelakinya yang menghadiahkan radio ini sempena harijadinya. Walaupun dibuang radio ini, dia tak mampu melupakan Kairul. Sebab otaknya memang sukar melupakan Kairul. Kalam memang begini. Kalau dia sayang seseorang memang dia sayang habis. Dia tidak berdendam walaupun selepas putus. Baginya setiap cinta yang tercipta adalah amat bermakna, bukan untuk dipermainkan. Kini dia sudah ada Fadil. Antara Fadil dan Kairul, Fadil paling baik terhadapnya. Tapi satu masalah dengan Fadil. Walau sekuat mana cintanya terhadap Fadil dia terpaksa melepaskannya kerana hukum alam menjadi alasan. Walaupun Fadil berjanji yang dia tidak akan sesekali meninggalkan Kalam sampai bila-bila. Entah… kenapa sering begini. Jika hidup bersendirian…sunyi. Jika hidup berdua bersiap sedialah menanggung risiko seperti sekarang. Mana lebih baik? Berdua lebih baik rasanya. Sambil teringat lagu dendangan Acha Septriasa.
Dia memandang ke arah jam. Hampir pukul sepuluh. Bila-bila masa saja Fadil akan mengetuk pintu rumahnya. Bukan seperti Kairul. Kalau mahu datang ke rumah tidak pernah beritahu. Ingin buat surprise katanya. Bukan Kalam tidak tahu, dia sengaja buat begitu taku-takut Kalam bawa balik lelaki lain masuk ke bilik. Padahal dia tak pernah buat benda-benda sebegitu sebab dia setia. Ya, antara Haris dan Kalam memang ada persamaan ini. Sebab itu mereka manjadi kawan rapat sejak dari universiti lagi kerana mereka faham sikap masing-masing.
Kalam tidak membiarkan lama Fadil diluar. Terus dia membuka pintu. Fadil terus masuk ke bilik Kalam. Menusuk bau wangi dari tubuh Fadil menyergah ruang rongga hidung Kalam.
“Nasib baik on time” Kalam memula bicara.
“Eh, saya memang selalu on time kan? Itu salah satu tandanya saya sayang kat awak. Huh ni kenapa masam pulak ni? Rizan mana?”
“Rizan ada dalam bilik. Saya ok je lah.”
“Dia ada perli-perli awak tak hari tu” Fadil terus melabuhkan tubuhnya ke katil.
“Pasal apa?”
“Ala awak hari tu kuat sangat mengerang”
“Tak de. Dia tak cakap apa-apa pun”
Fadil ternampak sebuah album gambar lalu diambilnya. Dibuka helaiannya satu-persatu. Dia mendapati ia adalah album semasa Kalam belajar di universiti dahulu.
“Kenapa asyik muka dia je, mana-mana ada dia. Bf awak dulu masa belajar ke?” Fadil ingin tahu mengapa ada seorang lelaki yang sering bergambarnya dengan Kalam.
“Mana? …. Oh dia ni. Nama dia Harislah, kawan baik saya” Jawab Kalam.
Setelah habis semua gambar dilihatnya, dia mengembalikan ke tempat asalnya.
“Awak sayang saya tak?” Kalam selalu sengaja menguji Fadil.
Kalam terus merapatkan tubuhnya di sisi Fadil. Kalam merelakan dirinya dipeluk Fadil. Tiba-tiba saja alat sulit Fadil mengeras dan dapat dirasai bahagian belakang Kalam. Apatah lagi dalam keadaan Kalam yang hanya berboxer. Lagu diradio terus berkumandang. Lagu Janjiku nyanyian Sofaz mengambil giliran DJ pada malam itu.
“Sayang sangat”
“Mana lebih saya atau El?”
“Awak…”
Kalam hanya membisu selepas itu. Dia tidak mahu bertanya soalan seterusnya. Tidak perlu dapatkan kepastian. Bertanya dua kali. Keadaan senyap beberapa minit. Waktu ini begitu indah bagi Kalam. Kalam dapat rasakan Fadil juga sedang memikirkan hubungan mereka sekarang. Rasanya. Tangan kiri Fadil memeluk erat dada Kalam.
“Eh, mana CD Lock Up tu, bawak tak?” Kalam memecaah kesunyian.
“ Oh.. ada kat dalam beg”
Kalam segera bangun mendapatkan beg Fadil lalu membuka DVD player lalu memasukkan CD itu. Radio dimatikan. Mereka pun menonton bersama-sama. Lock Up adalah cerita tentang banduan di mana seorang banduan lelaki Mat Salleh lingkungan umur awal 20an jatuh cinta dengan orang kulit hitam di dalam penjara. Selain kisah-kisah banduan dibuli oleh banduan-banduan yang lebih senior.
“Esok ikut saya jumpa makcik ye?”
“Tak boleh la Yang, kena jumpa El, sorry ye”
“Ok”
Skrin TV menunjukkan kredit filem Lock Up. DVD player ditutup. Lampu juga. Agenda seterusnya dimulakan.
----------Ж-----------
Kalam mengangkat kotak tepung gandum. Di letaknya di satu sudut. Dibuka kotak itu dan susun satu persatu pek tepung gandum dirak. Makciknya, Zanifah sibuk mengira barang yang dibeli oleh pelanggan dikaunter. Tak menang tangan nampaknya. Maklumlah hanya satu saja kedai runcit di kampung Kemensah di Ulu Kelang ni. Habis tepung gandum disusun, Kalam segera mengemas kotak-kotak kosong di depan kedai lalu dilipat dan disusun. Manalah tahu ia berguna satu ketika nanti. Hujung minggu begini kalau Kalam tiada apa aktiviti dia akan membantu makciknya di kedai. Kalam tak mengharapkan upah. Dia suka membantu. Suami Zanifah bukan tidak membantu, cuma dia ada hal lain petang itu.
“Fadil tak datang sama ke hari ni?”
“Tak. Ada benda lain nak buat”
“Cik Pah tengok Kalam rapat dengan dia. Handsome jugak dia tu kan..”
“A’ah untung awek dia” balas Kalam.
“Kalam bila lagi? Bawak lah dia datang rumah. Kenalkan dengan Cik Pah. Tapi bagi tau awal-awal. Boleh Cik Pah masak apa yang patut”
Kalam senyap. Dia segan sendiri. Dia malu apbila ditanya soalan ini. Benci. Berilah dia ruang untuk bernafas. Kalam pernah cakap dengan makciknya bahawa dia ada seorang awek, tetapi sebenarnya dia bohong. Mana ada awek. Itu Cuma mahu selindung saja. Sebenarnya Zanifah memang mengesyaki sesuatu terhadap Kalam dan Fadil. Zanifah bukan orang kampung, walaupun duduk di kampung Kemensah. Fikirannya tak kolot ok. Cuma dia mengesyaki sesuatu yang masih menjadi tanda tanya. Ini semua sebab dia sudah duduk lama di Kuala Lumpur. Zanifah pernah bekerja di pejabat sebelum ini. Selepas bosan dengan keadaan politik di pejabat dia ambil keputusan berhenti. Di mana-mana ada politik. Suaminya yang mencadangkan supaya Zanifah membuka sebuah kedai runcit di sini. Di pejabatnya dia kenal seorang rakan sepejabat yang ‘sesuatu’. Daripada situ dia mula mengenali dunia homoseksual lelaki dari rakannya itu setelah diceritakan sendiri olehnya.
Perkara – perkara yang mencurigakan yang dikesan oleh Zanifah :
- Fadil dan Kalam selalu buat perkara bersama-sama. Kemana-mana bersama. Macam belangkas. Awek Fadil tak tahu ke pasal hal ini?
- Ketika Kalam masuk hospital 4 hari, sanggup Fadil menemaninya tak kira siang malam. Pernah sekali Fadil bawa El bersama-sama. Fadil terus bermalam dihospital. Zanifah ada datang melawat juga pada hari itu. Pada masa itu Zanifah rasa pelik sebab rapat betul hubungan antara dua sahabat ini.
- Tapi hujah yang menentang Zanifah daripada terus memikirkan anak buahnya itu homoseks ialah Kalam tidak lembut seperti lelaki lembut yang lain yang pernah dia jumpa sebelum ini.
- Fadil sendiri pernah bermalam di rumah Zanifah. Walaupun tak menunjukkan sifat mesra antara mereka, mereka seakan mengambil berat terhadap diri masing-masing.
“Cik Pah, dah petang ni, kalau tak ada apa-apa lagi, Kal nak balik lah.”
“Eh, makan la kat sini malam ni” pintas Zanifah.
“Takpe. Malam ni nak tengok wayang dengan Haris.”
“Tiap-tiap minggu Kal tengok wayang kan..”
“Biasa lah dah minat filem. Nanti kirim salam dengan uncle Haikal eh”
“Insya-allah. Terima kasih la tolong Cik Pah. Bawa kereta elok-elok”
Kalam masuk ke dalam kereta. Badannya terasa penat. Bayangan katil sahaja berada difikirannya saat ini. Dipasangnya CD Search. Alunan Rozana memenuhi ruang kereta.
Bab 3
Fadil melepaskan pennya. Dia rasa tertekan dengan kerja yang baru saja diberikan oleh bosnya. Rasa malas pulak nak buat. Bosnya perempuan dan suka berleter. Tetapi baik hati. Kadang-kadang dia belanja Fadil makan tengahari. Seperti biasa rakan sepejabat mulalah buat gosip. Tapi Fadil tidak ambil peduli. Asalkan dia tahu hubungan tersebut tidak lebih diantara ketua dan anak buah. Dia lihat smiley Yahoo! Massengernya. Lalu diklik pada id ‘puteradarma’ iaitu Kalam.
Nakrasa : hai.. bz?
puterdarma : boleh tahan.
Nakrasa : bosan la dgn bos saya ni.
Puteradarma : kenapa plak.
Nakrasa : dia suruh hantar repot pasal makan malam hari tu. esok kena hantar. padahal ada lagi bende penting nak buat ni.
Puteradarma : abistu, buat la. ym pulak. saya pun bz nih.
Lateefa206 : hai sayang. rindu awak.
Nakrasa : hai.. saya juga.
Lateefa206 : haa chat dengan sapa tu?
Nakrasa : xde sapalah. tengah buat kerja ni.
Nakrasa : ye lah. saya buat nih. saja nak cakap dgn awak. saya sayang kat awak. saya rindu awak hari ini dan setiap hari.
Puteradarma : ye saya tahu. saya pun mcm tu.
Lateefa206 : jadi ke kita nak pergi showcase Spider nanti?
Nakrasa : jadi la.
Tiba-tiba…
Matrix666 : hai.. boleh kenal?
Nakrasa : boleh jerrr. siapa?
Matrix666 : kawan lah.
Nakrasa : asl n stat
Matrix666 : 25 m kl – cheras
170 31w 65
u?
Nakrasa : macam mana dapat id ni?
Matrix666 : dari e-mel yahoo. try2 jer. dapat la. Tau u plu sebab list e-mel tu semua geng-geng plu kannnn…. Asl n stat plsssss
Nakrasa : ok. 33 m kl gak stat 175 35 71
Matrix666 : mmmm nice stat. kl mana?
Nakrasa : Pandan Indah.
Matrix666 : memang port kannnnn...
Lateefa206 : saya ada keje ni.. papai
Nakrasa : ok. Bye
Nakrasa : aku ada keje nk buat ni. Chat next time
Matrix666 : ok. Next time. Bye
Nakrasa : bye
Malam melabuhkan tirainya. Setelah habis solat isya’ Fadil terus baring di atas katil. Sampai bila dia harus begini. Fadil mula bermonolog dalam dirinya. Kedua-duanya dia sayang. Beginilah hidupnya seorang bisexual. Mahu tak mahu dia terus menghadapinya. Jika dia sudah kahwin nanti, dia akan terus menjalinkan hubungan dengan Kalam. Atau adakah dia putuskan sahaja? Aku harus cekal hadapi semua ini. Moga tuhan beri petunjuk yang benar. Bisik hati Fadil. Pintu bilik diketuk. Pintu dibuka. Muncul tubuh ibunya disitu. Dia mengajak Fadil makan malam. Fadil kata tidak berselera pula. Ibu Fadil terus beredar turun ke bawah. Ibu Fadil tahu bahawa Fadil bisexual.
Dulu Fadil belajar di asrama penuh. Pernah terjadi satu ketika ibunya didatangi pengetua sekolah tersebut kerana tindakan Fadil cuba mencabul seorang pelajar junior. Maklumla darah muda. Perasaan ingin tahu meronta-ronta dalam jiwa. Pada masa itulah dia memberitahu ibunya bahawa dia bukan lelaki normal. Ibunya menangis siang dan malam. Lama kelamaan dia dapat terima keadaan diri Fadil. Dia tetap anaknya yang satu. Dia juga tahu Fadil sedang berkawan dengan El dan Kalam. Ibunya dapat membaca dari gerak-geri Fadil bahawa dia sayangkan kedua-dua kawannya itu. Biasalah, naluri seorang ibu. Tapi mereka tak pernah berbincang tentang hal ini secara empat mata. Ibunya pun tidak mahu mencampuri urusan anaknya itu.
Fadil bangun dari katil lalu pergi menghadap komputernya. Dilihat Yahoo Messengernya. Ada smiley chatter yang menyala. Dikliknya.
Matrix666 : hai tengah buat apa?
Nakrasa : xde apa. tgh baring2
Matrix666 : ai mengelamun ke?
Nakrasa : xdelah penat je. banyak keje kat opis tadi
Matrix666 : nak tanya 1 bole? U dah ada bf ke?
Nakrasa : apsal nak tau?
Matrix666 : ye la x nak la kacau laki orang
Nakrasa : ye ada.. gf pun ada. apa salahnya kawan2. kau pulak
Matrix666 : ohh bi la ni. I ada bf gak. I gay sepenuh masa. Sapa nama bf tu?
Nakrasa : eh lebih pulak. A’ah bi katanya. Awak tu dah dimiliki tau pulak nak dikacau..
Matrix666 : kadang2 tak paham aku bi ni. Boleh minat dua2. camna ha? Senang ke idup?
Nakrasa : aku rasa aku bi sejak duk asrama. Masa tu lah aku discover diri aku macam ni. Tak boleh ubah sampai sekarang. Dapat la merasa 2,3 anak ikan masa tu. Tapi masa tu x hardcore. Ringan2 jer. Idup str8 ke bi ke mana2 susah kalau x pandai handle..
Matrix666 : oh.. x tanya pun hehe. Sempat mrasa laa katanya. Popular ke u masa tu?
Nakrasa : hehe. Boleh tahan la cewahhh… ramai nak kan btg aku. Berebut.
Matrix666 : ieewww gitu ker. Ensem ke u ni?
Nakrasa : tak. Buruk sgt. Gigi jongang.
Matrix666 : yo lah. So jumpa bf skrg kat mana?
Nakrasa : adalah… x payah citer
Matrix666 : ala ct nurhaliza ke nyah. x koser. Ujung minggu ni buat apa?
Nakrasa : oh pi showcase spider kat hardrock café
Matrix666 : oic.. minat spider eh…
Nakrasa : biasa2 je. Teman kawan.
Matrix666 : nak ikut boleh?
Nakrasa : pi je lah. Tapi xyah la jumpa2.
Matrix666 : takut bini la tu… tu pun kalau u top la kannnn. I pun minat rock tapi xde spesifik artis yg I minat.
Nakrasa : pandai la kau. Ok… so nak pi ke?
Matrix666 : insyaallah. Kalau I pi I bwk laki sekali.
Nakrasa : ye lah. Ok lah nak log off ni.. bye
Matrix666 : bye
Fadil mengantuk. Dilihat jam pukul sebelas malam. Lalu dia teringatkan Kalam. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu mengucapkan good nite!. Kalam membalasnya dengan good nite too! Luv u forever. Fadil sungguh gembira. Dia merasakan bahawa cintanya dihargai. Selepas itu wajah El menjelma difikirannya. Dibayangkan saja…
----------Ж-----------
Suasana pagi itu agak menyenangkan. Tidak panas dan tidak redup. Patutlah si Kalam belum bangun lagi. Jam locengnya tiba-tiba berbunyi. Kacau betul. Kemudian menggeliat pula. Kalam melangkah malas menuju jendela. Ditarik nafas panjang-panjang. Alat sulitnya mengeras. Tanda sihat. Selepas itu keluar bilik dan berjalan ke arah ruang tamu. Rizan sedang menonton cerita karton di TV. “Wei cepatlah siap pantek. Kata nak pegi Cash Converters.” Mulut Rizan mengomel lagak mak ayam. “Ye ler, aku bangun dah ni…” Kalam sambil membuka pintu peti ais. Kalam selalu buat begitu tanpa ada tujuan sebab dia tahu di dalam peti ais itu bukan ada apa-apa pun untuk dimakan. Selepas semuanya bersiap mereka segera bertolak ke Cash Converters Ampang Point.
Keadaan sekitar Ampang Point agak sibuk. Biasalah di hujung minggu begini mana-mana tempat susah mahu letak kereta. Kalam memang tidak suka keadaan ini. Hendak buat bagaimana setiap hari jumlah kereta bertambah. Memikirkan dia harus menemankan Rizan untuk mencari CD-CD murah dan lampu terpakai untuk bilik tidurnya, dia ikutkan sahaja kehendaknya. Kalau bukan Kalam siapa lagi nak pandukan Rizan ke sini. Selepas mencari tempat letak kereta bagai nak gila, mereka pun tanpa berlengah-lengah masuk ke dalam kedai Cash Converters. Cash Converters adalah kedai di mana terdapat barang-barang terpakai seperti radio, seterika, CD dan macam-macam lagi.. Pada sesiapa yang ingin menjual barang-barang yang rasanya tidak berguna juga boleh jual di Cash Converters dan pihak Cash Converters seterusnya menjual kepada orang ramai. Penulis sendiri pernah menjual barangan peribadinya disitu tetapi merasakan barangan dijual tak terlalu tinggi harganya. Baik simpan sahaja kecuali barangan itu sudah menjadi semak di dalam rumah.
Kalam memerhati sekeliling kedai. Tengok-tengok kalau ada barangan yang boleh dibeli. Rizan terus menuju ke tempat lampu bilik tidur. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki di hadapannya yang begitu asyik membelek jam tangan. Taste jugak dia ni. Bisik hati Kalam. Kalam pura-pura melihat-lihat pinggan yang dipamer di dalam cermin kaca. Kalam rasa tak puas, dia curi pandang lagi lelaki tadi. Mmm geramnya kalau dapat! Kalam terberangan sebentar. Tiba-tiba lelaki tersebut terpandang Kalam. Alamak, macam mana ni? Dia berpaling ke arah lain. Gabra. Akankah ada cinta terdetik dalam keadaan gabra? Untuk meleraikan rasa malu dia berjalan ke belakang lelaki tadi. Dia mula mencari Rizan. Mata lelaki tersebut kemudian mengekori pergerakan Kalam. Lelaki itu melihat Kalam menghampiri lelaki lembut. Rizan lah tu.
“Nyah dah jumpa lampu yang kau cari?”
“Ada.. tapi mahal jugak walau second hand pun. Kal, yang ini aku berkenan sangat. Aku rasa aku ambik yang ini. Sebab dia ada kristal”
“Mmm biasalah adik-adik. Nyah, kau nampak tak lelaki belakang aku ni? Baju merah”
“Mana? Oh tu…?”
“Ensem kan?”
“Huh pantang!... Ish kenapa dia pandang sini aje?... dia senyum kat aku la. Sesuatu je”
“Ye ke?” alamak… sebab tadi aku kantoi tengok dia. Eh jalan tempat lain. Bawak lampu kau ni” Kalam seakan gabra tak sudah.
“Mesti dia ingat aku plu kan sebab jalan dengan kau” Kalam beritahu.
“Choii kau. Taklah dia ingat kita couple. Dan kau top” Rizan berkata sambil aksi mulutnya sebiji macam makcik-makcik berlakon drama RTM.
“Jom keluar. Nak makan ni lapar”
“Eh kejap la nak cari CD lagi”
“Haa ye lah cepat sikit. Aku tunggu kat restoran Nasi Ayam Linda Onn”
Kalam keluar dari kedai. Perutnya sudah lapar. Terus menuju ke restoran yang dinyatakan tadi dan masuk ke restoran seterusnya memesan makanan.
Di hadapan kedai Cash Converters.
“Hai sorang je? Mana kawan tadi” Tiba-tiba lelaki baju merah menyapa Rizan.
“Oh err.. dia ada. Dia tunggu kat restoran Linda Onn” terperanjat Rizan bila disapa jejaka tadi.
“Err boleh tolong bagi kat kawan awak tadi?”
Lelaki itu menghulurkan nombor telefonnya kepada Rizan.
Ceh, ingat dia suka kat aku. Bisik hati Rizan. “Err kalau takde apa-apa hal boleh join lunch sekali. Jom lah.” Rizan mempelawa.
“I wish I could. Ada hal lepas ni. Tolong ya…”
“Ok lah.. saya akan bagi dia”
Selepas mengucapkan terima kasih lelaki berbaju merah pun berlalu pergi. Mata Rizan mengekori lelaki sehingga hilang dari pandangan.
Bab 4
Apa kabar semua? Malam ni kita berhibur ok.. kita langsung aja..
Begitulah pembukaan kata dari Tam Spider memulakan konsert diselang dengan lohgat bahasa Melayu Indonesia. Peminat ketawa serentak. Spider memulakan dengan lagu rancaknya Dari Telinga ke Tulang runut bunyi dari filem Cicak-Man. Maka bergemalah satu Hard Rock Café. Penuh dengan mat-mat rock. Kelihatan gadis bertudung terhenjut-henjut kepalanya mengikut rentak lagu itu sambil menyanyi bersama. Dia berada di bahagian depan berhampiran pentas seperti ingin head banging tapi semacam dikawal. Fadil telah mengingatkan El supaya jangan lebih-lebih kerana dia berada di sebelahnya. Kalam pula berada tidak jauh di bahagian bar. Hanya memandang dari jauh. Sesekali memerhati sekeliling mencuci mata.
Sejurus habis Dari Telinga ke Tulang, lagu Ngam Ho pula menyusul. Keadaan makin panas. Rata-rata mat rock yang berada disitu histeria mendengar lagu rancak tersebut. Selepas beberapa lagu, Fadil memberitahu El untuk ke bar menemani Kalam.
“Mana kawan Kal yang kata nak datang tu?” Fadil bertanya dengan nada kuat ke telinga Kalam.
“Dia tak jadi datang… Enjoy betul El tu kan”
“Biasa lah dia”
Spider terus menyanyikan lagu-lagu popular mereka. Setelah beberapa lagu dinyanyikan kini tibalah lagu terakhir untuk showcase kali ini. Tam menjemput artis undangan pada malam itu iaitu Ella untuk berduet lagu Dunia Batinku. Disambut dengan sorakan peminat-peminat pada malam itu. Kalam memang suka benar lagu ini. Dalam pada itu sempat juga El memberikan hadiah kecil untuk Tam. Tam memang sudah biasa dengan El lalu dia mengumumkan kehadirannya kepada peminat. Malu juga El dibuatnya. Tam bergurau supaya Ella tak perlu berduet dengan dia pada malam ini. Sebaliknya menjemput El naik ke pentas. El menolak malu.
“Aa jangan la malu-malu” kata Ella dengan gaya manjanya.
“Kalau you tak pakai tudung boleh kibas-kibas rambut macam I hehehe” Manja Ella menjadi-jadi.
“Takde lah I’m just joking. Ok Tam kita mulakan….”
Fadil mengamati bait lirik lagu itu.
Dunia Batinku
Ella
Selalu ku bayangkan
Bagaimanakah agaknya rasa ditempatmu
Disamping kekasih hati yang membelai hati dan perasaanmu oh kawanku
Tam
Malu ku nak cerita
Kerana ku tak mahu kau sampai baca rahsiaku
Biarlah tak siapa yang tahu
Gejolak di dunia batinku
Ella & Tam
Zahir kau lihat
Bukan segala-gala
Bibir tersenyum menutup jiwa yang duka
Zahir kau lihat
Hanya antara lapis mataku sinar bergenang tangis
Ella
Memang nasib pecinta
Kerap terhenti di simpang hidup rindukan cahaya
Tam
Kekasih… Kasihku (Ella) yang setia
Ella & Tam
Kekasih yang amat sempurna cintanya
Ella & Tam
Demi cinta yang benar
Ooohhhh…..
Lagi itu semacam ada kena-mengena dengan hidupnya. Aah dia tak mahu memikirkan sangat. Keadaan semakin tenang, showcase telah tamat. Ada di antara mereka yang beransur keluar. Ini termasuk Kalam, Fadil dan El. Mereka tidak bercadang untuk pulang walaupun esok hari Isnin hari bekerja. Lalu mereka mengambil keputusan untuk lepak di Starbuck Jalan Bukit Bintang.
“Camna puas” Kalam bersuara sambil menghirup lattenya.
“Puas sangat. Kalau wartawan bagi bad review tak tau la Kal” Kata El.
“Apa yang awak berikan pada Tam tadi?” Fadil bertanya sambil mengunyah muffin.
“Ala bangle aje… takpe kan?”
“Takpe” balas Fadil bernada rendah.
“Alah takkan itu pun nak jelous Fad?” Kalam menutupi seperti biasa. Kalau di antara mereka sahaja mesti panggilan awak, saya atau sayang dilemparkan.
“Kalau Tam nak kan El, El nak tak?” Kalam menguji El
“Aaaaa… ermmm nak nak”
“Gatal” Jawap Kalam. Fadil diam saja mendengar.
“Eh you all dah tengok belum Berbagi Suami. Citer Indon tu?” Kalam memulakan topik kegemarannya.
“Belum” Jawap yang lain terserentak.
“Dia mula dah…pasal poligamikan” El mengeluh.
“Kenapa? Best ke?” Tanya Fadil sambil memegang tangan El. El suka, tak malu sedikit pun.
“Best! Korang patut tengok. Tapi tak sangkalah adegan lesbian boleh terlepas kat panggung Malaysia ni. Tak bising pun dalam paper. Kalau time filem Yasmin tu bukan main diorang kata mencemar budayalah apalah.”
“Ala tu bukan filem Malaysia, Kal” jawap Fadil
“Aku bukan cakap pasal filem Malaysia ke Indon ke… tapi tak adil la bagi penggiat filem tempatan. Kalau nak hentam-hentam semua mana yang tak baik.”
“Ala tu semua realitilah. Memang berlaku kat Malaysia ni pun. Macam Brokeback Mountain tu. Bukannya takde gay kat Malaysia ni. Tapi aku gelilah kalau berlesbo ni. Eeeeee…..” El memberi pendapatnya yang sememangnya benar.
Sambil berborak, Kalam mengsms Fadil.
“Awak nak hantar El balik ke?”
“Ya lah. Saya kan dtg sekali dgn dia. I luv u. Bye” Telefon Fadil sememangnya dalam fungsi senyap dan getar.
Setelah lama berborak mereka pun beredar dari situ. Kalam berpisah daripada Fadil dan El. Fadil memandu keretanya pulang ke Sentul di mana El tinggal. Kalam terus pulang ke Keramat. Di dalam kereta Fadil, El terus memasang CD Spider yang dibelinya dikaunter masuk Hard Rock café tadi. Dia memilih track Dunia Batinku.
“Sejak awak kenal dengan Kalam tu, awak selalu keluar dengan dia kan”
“Kenapa.. tak boleh?”
“Boleh tu boleh la. Kalau kawan baik pun, saya ni jangan awak abaikan.”
“Eh mana saya abaikan awak. Setiap kali awak ajak keluar saya ikut saja kan? Ni nak mula la ni… Kan saya sayang awak. Apa lagi awak nak?” Fadil seakan meninggikan suaranya. Dia paling tak suka bila El menyoal halnya dan Kalam.
“Tau… kawan tu kawan. Saya ni patutnya awak lebihkan. Sayang, kita kahwin?” Tangan El cuba meraba peha Fadil. Rumah El semakin hampir. Rumah El gelap. Ahli keluarga El sudah tidur. Fadil memberhentikan keretanya dihadapan rumah.
“Saya sayang awak. Kita kahwin cepat yer?” El cuba merapati bibirnya ke bibir Fadil. Fadil diam saja. Yang penting sekarang nafsu menyeliputi dirinya. Begitu juga El.
Fadil membalasnya dengan penuh nafsu. Sama seperti dia melakukannya pada Kalam. Memang ada beza jika berciuman lain jantina. Rasa Fadil. Cuma Kalam lebih rakus. Maklumlah lelaki. El tidak tahan cuba meraba-raba dada Fadil dengan cepat. Fadil juga begitu. Mereka lemas dalam kehangatan asmara.
Bab 5
Kalam asyik menonton CD di dalam biliknya. Kisah House Of Flying Daggers amat menarik minatnya. Gambarnya begitu cantik, berseni dan mudah difahami. Filem lakonan Takeshi Kaneshiro dan Zhang Zhiyi penuh dengan aksi ranjang mereka termasuk di atas rumput. Dia asyik menonton filem itu sehingga habis. Dia teringatkan janjinya untuk bermain badminton dengan Haris malam ini. Tiba-tiba Rizan muncul di muka pintu biliknya.
“Wei Kal, kau dah sms lom budak tu?”
“Belum lah.”
“Kau ni… sms la. Kang dia tertunggu-tunggu pulak. Aku pulak yang risau”
“Ish yang kau sibuk ni kenapa?”
“Eh kalau kau dah sms, jangan lupa bagitau aku perkembangan terbaru ok”
“Eii kalau dah dasar pondan tu, sibuk nak jaga tepi kain orang”
“Hello… kalau tak dia tegur aku suruh bagi nombor dia, tak dapat tau lelaki taste kau tu. So apa-apa latest news kena bagitau aku okay”
“Itu tak bermakna kau ada kuasa nak tau semuanya…eiii saja je nak caras lah tu”
“Tak kuasa la kau nih. Jangan lupa yer. Dah, aku nak keluar ni”
“Kau nak main badminton tak malam ni?”
“Tak kot. Aku balik lewat malam ni”
“Ye lah… jangan sampai aku tengok kau keluar Edisi Siasat sudah la”
“Suwei mulut”
Rizan menuju keluar. Pintu rumah ditutup. Tinggal Kalam seorang dirumah. Kemudian dia mengeluarkan kad yang megandungi nombor telefon lelaki berbaju merah dari dalam dompetnya. Ditenung dua tiga kali. Nak sms ke tak, nak sms ke tak?
Kalam mengambil telefon bimbitnya. Didail nombor seseorang.
Kalam - Haris, kau kat mana?
Haris - Aku kat opis.
Kalam - Hari Ahad pun pegi opis.
Haris - Ya lah. Banyak keje nak buat.
Kalam - Malam ni jangan lupa main badminton.
Haris - Haa aku ingat tu.
Kalam - Keje.. keje jugak, g4m wajibkan...? Bagitau Zaki nanti.
Haris - Eh biassaallah. Bagitau lah tak takut pun.
Kalam - ok lah bubai.
Haris - Bye. See you tonight.
Kalam hampir terlelap. Tiba-tiba satu sms masuk.
Kairul - Happy Valentine’s Day. I’ll always luv you.
Kalam - I tujukan lagu “Ku Tahu Kau Rindu”. Hayati lirik lagu tu.
Kairul senyap. Mesej Kalam tidak berbalas. Kalam sedar dia tidak akan kembali pada Kairul bekas boyfriendnya dahulu. Semuanya sudah tersimpan sebagai kenangan. Lagu itu amat tepat untuk menggambarkan perasaannya pada Kairul. Namun dia tidak sesekali menyimpan dendam terhadap Kairul. Pada sesiapa yang tidak biasa dengan lagu ini, di sini disertakan lirik lagu tersebut untuk sama-sama menghayati perasaan Kalam ketika mendapat sms Valentine daripada Kairul.
Ku Tahu Kau Rindu
Ku tahu kau rindu
Sejak ku meninggalkanmu
Ku tahu kau pilu
Bimbang ku melupakanmu
Sejak kau lukakan hatiku
Mempermain cinta suciku
Siang dan malam tangisi silamku
Kasih sayangku yang bersemi
Kau tabur racun yang berbisa
Di belakangku ditertawa dan hina
Mungkin aku tiada yang lain
Kerna itu kau berani berpaling
Membiarkan aku tertanya siapa milikku
Sehingga ku meninggalkanmu
Baru kini engkau terasa
Cinta siapa lebih perdana
Kalam melayan perasaannya. Air matanya bergenang dan berkaca. Adakah perlu airmata ini merembes dari anak matanya? Kenapa perlu lagi dikenang? Kalam nekad selepas ini dia tidak akan mencari sebaliknya biar cinta itu datang dengan sendiri.
Kalam tidak mahu keadaan hiba menyelebungi dirinya. Dia memberanikan diri memulakan langkah mengsms lelaki berbaju merah itu.
Kalam - Hai. Saya Kalam yang kita jumpa di Cash Converters kelmarin. Boleh Panggil Kal jer. Knp bagi no awk kat sy?
Lama Kalam menunggu balasan sms. Setengah jam kemudian…
Sender – Hai. Oh awk. TQ krn sudi sms sy. Nak berkenalan, x kan x boleh.
Kalam - boleh.
Sender – Knp awk pandang saya semacam je hari tu? Ada yg x kena ke pada saya?
Mereka berbalas-balas sms dan membuat keputusan untuk jumpa pada petang itu juga. Memandangkan Kalam lapang petang itu. Maka daripada kebosanan duduk di rumah, baik dia keluar tidaklah terperap didalam bilik. Cuaca petang itu cerah. Kawasan Keramat amat tenang pada petang itu. Kalam rasa amat tidak sabar untuk bertemu lelaki ‘idamannya’.
Tiba ditempat yang dijanjikan mereka berjumpa. Mereka memilih kedai mamak di kawasan sekitar Keramat AU1. Kalam seperti dapat menjangkakan yang lelaki ini memang sah ‘sesuatu’. Jadi tidak perlu rasa malu. Kadang-kadang dia terfikir pelik juga lelaki sekacak ini pun boleh tersesat ke dalam dunia yang penuh pancaroba. Seperti biasa mereka berborak - borak di kedai mamak hampir dua jam. Mengenali diri masing-masing.
Kalam pulang ke rumah dengan senang hati. Dia tidak menjangka dapat berkenalan dengan lelaki yang sungguh budiman. Belum pernah dia berjumpa lelaki sebaik itu sebelum ini. Sudah bertahun dia berkecimpung dalam dunia yang penuh pancaroba ini, baru kali ini dia merasakan sesuatu kelainan bila berbicara dengannya. Kalam merasakan tiada lelaki yang sewaktu dengannya yang baik dan jujur. Tapi Kalam tidak mahu berfikiran yang baik-baik saja kerana baru sekejap bertemu dan kenal dengan lelaki tersebut. Tidak adil baginya untuk mengadili sebegitu. Tapi mereka bercadang untuk bertemu di lain masa bila berkelapangan.
----------Ж-----------
Fadil membuka matanya. Dia melihat El masih lagi tidur di sebelahnya. Di rumah Fadil, tiada sesiapa kecuali mereka berdua. Ibu Fadil tiada dirumah kerana outstation ke Johor Bahru. Fadil tidak mengapa-apakan El. Sebaliknya hanyalah seks ringan di antara mereka berdua. Fadil rasa bersalah juga kerana buat benda-benda ini tetapi tidak pula dengan Kalam. Rayuan manja El tak mampu ditolaknya. Fadil merasakan belum masa untuk memberikan segalanya kecuali setelah dia sah bergelar isterinya kelak. Dia kemudian bingkas bangun dari katil. Dia terus membiarkan El tidur. Kemudian dia turun ke bawah menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Di atas meja makan, Fadil terlihat nota. Pesanan dari ibu rupa-rupanya. “ Fad, mak balik hari Khamis minggu ni. Tak sempat nak bagitau Fad. Apa-apa hal mak call nanti” Fadil merenyokkan kertas lalu dibuang ke dalam tong sampah. Dia fikir mahu buat sandwich sahaja untuk sarapan pagi itu. Tiba-tiba El meluru turun dengan telefon bimbit Fadil ditangannya. Dengan rambutnya yang serabai, dia kelihatan marah. Fadil terkejut melihat El seperti mahu mengamuk.
“Fad, cakap! Apa makna ni semua?” El menunjukkan skrin telefon bimbit Fadil ke muka Fadil.
Lalu Fadil membaca sms di telefon bimbit berbunyi “Kal - Gd morning sayang, Dah bangun ke? sayang awak banyak”
“Itu tak cukup.. ni “sent messages” awak bukan main lagi sayang sayang rindu semua” El terus meradang. El selalu juga marah tetapi lain pula kali ini. Marahnya meruap-ruap.
“Kenapa awak baca sms saya? Awak tak berhak”
“Itu tak penting. Yang penting keselamatan diri saya jika berterusan di samping awak”
“Apa awak cakap ni? Keselamatan apa?”
“ Patutlah selama ini awak rapat dengan Kal. Saya nak tanya awak. Awak ni gay atau bisex hah?!! Saya rasa tak selamat kalau kahwin dengan awak” Marah El membara. Dia tak dapat menahan marahnya.
“Apa yang dah saya buat selama ini yang awak boleh menduakan saya?”. Lelaki pulak tu.. Saya tak sangka…” El menangis. Teresak-esak. “Saya tak dapat terima ini semua, saya benci awak… saya geli. Hantar saya balik sekarang!”
El terus berlari ke bilik Fadil. “El, tunggu. Fad jelaskan.” Fadil berteriak dari dapur. El terus mengemas pakaiannya. Fadil berada di muka pintu.
“Saya sayangkan awak El”
“Hantar saya balik!” Mendengar arahan dari El, Fadil tak dapat berbuat apa-apa. Fadil bersiap-siap untuk hantar El ke rumahnya.
El turun ke bawah menuju ke kereta Fadil. Fadil mengunci pintu rumah. Muka El marah bercampur masam. Pintu kereta ditutup. Suasana di dalam kereta senyap sahaja. Fadil takut untuk menjelaskan lebih lanjut. Dia tahu El amat terkejut dengan hal ini. Fadil yang disangkanya lelaki sejati rupa-rupanya mempunyai nafsu songsang. Fadil membiarkan hati El reda. Biarkan apa sahaja yang El fikirkan pada masa ini.
Setelah menurunkan El di depan rumahnya pagi itu, Fadil mengggerakkan keretanya di satu tempat. Didail nombor seseorang. Tetapi dia tak pasti sama ada hendak beritahu hal ini kepada Kalam atau pun tidak. Dia kelihatan terfikir-fikir. Ah, biarkan dahulu. Lalu dia meluncurkan keretanya pulang ke rumah. Dalam perjalanan, fikirannya berkecamuk. Adakah hubungannya lagi dengan El Lateefa? Dia tidak mahu perhubungan yang terjalin sejak hampir dua tahun dahulu punah begitu sahaja.Adakah dia betul-betul sayangkan El? Padahal dia sudah buktikan pada El sebelum ini bahawa cintanya hanya padanya. Malangnya dia gagal mempertahankan sehinggalah ke hari ini. El, saya cintakan awak. Tetapi hati saya satu sahaja…….
Bab 6
“Kal, aku dapat pass percuma tengok premier Sesinar Kaca. Kau mesti suka. Nak tak?”
“Bila?”
“Hari Sabtu depan ni pukul tiga petang dekat Mid Valley”
“Sabtu? Biasa premier weekdays. Nak..nak”
“Nak saja…”
“Ye lah, director favourite aku kan Daud Dadameah tu. Mana kau dapat pass?”
“Kawan akulah. Si Ship tu”
“Ok. Kau ni tak boleh tunggu esok kat office je bagitau aku.”
“Perancangan. Kau tu kalau tak di book awal-awal ada je aktiviti tersendiri”
“Ye lah. Thanks”
“Ok lah. Bye”
“Bye”
Kalam menutup telefon bimbitnya. Panggilan daripada Haris amat menggembirakan hatinya. Dapatlah dia berjumpa dengan pengarah filem kegemarannya nanti. Selain meminati Yasmin Ahmad dia juga meminati Daud Dadameah sebagai pengarah yang mencipta nama daripada aliran Indipendent. Filem Sesinar Kaca adalah filem pertama beliau di dalam aliran mainstream atau perdana. Filem Indie beliau iaitu Kondom mendapat sambutan hangat daripada peminat filem aliran Indie.Tetapi filem itu hanya ditayang di Insitut Pengajian Tinggi dan juga di Balai Seni Lukis Negara kerana isinya tentang memperjuang hak-hak homoseksual di Malaysia telah diharamkan tayangannya secara umum.
“Ye sayang, ada apa?” tanya Fadil menerima panggilan telefon dari Kalam.
“Nampaknya saya tak dapatlah pergi join awak dan El ke Sungai Gabai next week sebab nak tengok Sesinar Kaca”
“Oh, tak pe. Pergilah. Memang tak jadi pun ke Gabai tu”
“Kenapa?”
“Entah, dia batalkan. Ada hal katanya. Awak, nak tau tak? Tapi awak jangan terperanjat”
“Apa dia?”
“Keluarga saya akan melamar El dalam masa terdekat ni. Mungkin beberapa minggu dari sekarang”
“Ooh…takde hujan takde ribut, tiba-tiba je” Jawap Kalam perlahan dan tenang.
“Awak takpe kan? El sendiri yang mahukan hal ni”
“Ye, saya okay. Tapi bila awak dah kawin nanti, saya rasa saya tak nak lagi perhubungan ini”
“Kenapa?”
“Saya tak mahu. Cukup”
“Saya faham. Tapi kita boleh macam sekarang ni pun kalau saya dah punya isteri”
“No! Saya tak halang awak kalau awak nak kahwin. Tapi saya cuma tak nak berkongsi. Itu saja. Dulu semasa saya mula-mula kenal awak, awak mulut manis kata awak masih single, tapi bila dapat tau awak ada awek saya tak boleh buat apa-apa dah sebab terlalu sayangkan awak. Tapi jika awak berkahwin, inilah penamatnya. Saya tahu hubungan ni memang takkan ke mana. Sejauh mana sangat la hubungan plu ni”
“Kal…,”
Tak sempat Fadil meneruskan percakapannya, Kalam telah mematikan telefon bimbitnya. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga Fadil perbualan telefon antara dia dan El kelmarin.
“Kalau awak sayangkan saya, suruh keluarga awak pinang saya. Kalau boleh dalam masa terdekat ini. Kalau tidak, saya tak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan awak. Faham! Kalau awak lebih sayangkan boyfriend awak tu, pergilah. Saya tak kisah. Saya boleh cari lelaki sejati. Ingat, saya kenal awak lebih lama daripada dia. Saya dah serahkan hati saya pada awak. Tapi awak?”
“Saya tahu semua tu. Tak payah la awak terangkan semua. Kalau itu yang awak mahukan saya akan buat. Saya akan cakap dengan mak saya nanti. Saya boleh buat. Saya sayang awak”
“Sayang atau cinta??”
“Cinta”
“Kalau cinta, ada satu lagi syarat. Selepas tunang tak boleh lagi berhubung dengan Kal. Janji?”
“Saya kena cakap dulu dengan dia”
“Hah slow talk dengan dia. Awak dah jadi hak mutlak saya bila bertunang nanti walau pun belum kahwin”
“Takkan kawan pun tak boleh”
“Tak!”
“Okaylah saya cakap nanti dengan dia”
“Dah, saya dan berinai ni”
“Amboi cepatnya!”
“Suka lah… dah. Bye”
----------Ж-----------
Setelah pertemuan diatur, pada satu malam damai, lelaki berbaju merah itu datang ke rumah Kalam buat pertama kalinya. Gugup Kalam bukan main kerana dia jarang membawa pulang lelaki yang betul-betul dia suka. Kalam menyuruh lelaki itu masuk ke biliknya. Bilik Kalam kemas dan bersih. Semua nampak teratur walaupun kecil.
“ Awak suka tengok filem yer?”
“A’ah. Suka. Saya suka filem-filem Yasmin Ahmad, Daud Dadameah, U-Wei dan Osman Ali, Shuhaimi Baba. Cerita-cerita lain pun saya tengoklah. Tapi Yusof Haslam dan Razak Moheidin saya blacklist” Kata Kalam sambil tersenyum.
Kemudian lelaki itu melihat satu persatu koleksi VCD dan DVD kepunyaan Kalam. Semua koleksi yang ada adalah filem-filem yang bukan sebarangan. Tiada satu pun filem-filem ringan seperti Tangkai Jering, Zombi kampong Pisang ataupun Sumolah. Lelaki itu berfikir bahawa Kalam merupakan seoarang yang amat berseni dan sudah tentu terlalu memilih. Sudah tentu orang seni kadangkala sukar difahami.
“Kebanyakan CD awak ni ada ‘padi’ eh..”
“Padi?” Tanya Kalam.
“Ala.. padi ke gandum entah, yang menang festival mana-mana ni” Lelaki itu menunjukkan ‘padi’ yang dimaksudkan kepada Kalam bahawa Layar Lara pernah memenangi Filem Terbaik Festival Filem Malaysia.
“Oh, ‘padi’ tu.. Tak semua cerita yang ada ‘padi’ tu best kadang-kadang bermutu je tapi membosankan”
“Ranjau Sepanjang Jalan pun ada?” Tanya lelaki itu.
“Ada. Kenapa? Nak tengok ke? Boleh..”
“Dah lama saya cari cerita ni. Ermm boleh la jugak. Dah lama nak tengok.”
Kalam terus membuka pemain DVDnya. Lelaki itu terus duduk di atas katil Kalam.
‘Awak duduk dahulu. Saya pergi ambilkan air”
Tidak berapa lama kemudian, Kalam datang dengan segelas air. “Mana awak dapat VCD cerita ni?
“Oh.. dekat kawan-kawan dalam net”
“Maksud awak?”
“Kawan forum website Filem Kita. Tak rugi dapat ramai kawan ni” getus Kalam.
“Betul. Nanti nak pinjam CD Abang boleh?
“Boleh. Tapi cerita tu boring sikit. Minat jugak awak filem-filem Melayu ni ke?”
“Minat macam awak tu tak lah. Tapi suka juga”
Dilihatnya lelaki itu seperti tak selesa dihulurkan bantal untuk lelaki itu baring.
“Baringlah. Selesakan diri”
“Thanks…”
“Awak nak ke mana? Tak nak tengok sama-sama?” Dilihatnya Kalam mahu keluar dari bilik. “Saya nak buat panggilan sekejap” Jawap Kalam.
Setengah jam kemudian Kalam masuk semula ke bilik. Dia perhatikan lelaki itu memberikan tumpuan pada filem tersebut. Kalam duduk disisinya. Tiba-tiba lelaki itu menarik tangan Kalam. Kalam agak terkejut. Ditarik semula tangannya. Beberapa minit kemudian lelaki itu cuba lagi. Kali ini Kalam tidak dapat menahan.
“Boleh tak saya…”
“Boleh apa?”
“………..”
“Saya rasa, tak” Jawap Kalam.
“Kenapa?”
“Terlalu awal dan….adalah menjadi prinsip saya tidak akan melakukan selagi tidak declare sebagai pasangan kekasih…”
“Begitu…”
Lelaki itu menolak Kalam sampai terbaring lantas mengucup bibirnya. Kalam tak terdaya menolak kerana dalam hatinya juga bergelodak rasa ingin menikmati bibir lelaki itu yang merah. Agak lama mereka berkucupan dan seterusnya hampir ke adegan yang tidak sepatutnya. Adakah Kalam larat untuk menahan prinsipnya itu?
Bab 7
“Saya sayang awak”
“Saya pun begitu”
“Takkan sayang saja?”
“Cinta..Saya cintakan awak”
“Saya pun begitu”
“Jadi kita dah declare lah ni?”
“Ya”
“Agung ke cinta kita ni?”
“Awak ingat ini filem Puteri Gunung Ledang awak tu ke?”
Kedua-duanya ketawa kecil.
Bab 8
Pada hujung minggu itu, Kalam, Haris dan Rizan keluar berjalan-jalan di Mid Valley. Selepas menonton Transformers, mereka bertiga merancang untuk makan di Pizza Hut. Kelihatan ramai juga orang di situ. Walau bagaimanapun mereka dapat mencari meja yang kosong. Selepas memesan makanan, mereka bercerita tentang kehebatan filem yang baru ditonton tadi. Akan tetapi muka Kalam seperti tiada mood nak bercerita.
“Kau ni Kal, kenapa monyok aje? Padahal kau yang ajak tengok cerita ni” kata Haris.
Kalam mengelamun jauh.
“Wei.. Kal? Rizan cuba mengejutkan Kalam dari lamunan.
“Ye apa dia?”
“Kau ni kenapa? Monyok je muka kau. Macam mati laki je aku tengok” Kata Haris menambah. Dia tertanya-tanya apa pulak kes kawannya seorang ni.
“Haris, bukan aku tak nak bagitau perkara ini pada kau?”
“Bagi tau apa?”
“Rizan tau”
“Tau apa pulak ni?” Rizan cepat ingin nak tahu.
“Pasal Fadil”
“Fadil? Agaknya Haris tak tahu pasal hal ni?” Selak Rizan
“Tak”
“Fadil? Siapa Fadil” tanya Haris
“Chuben Kal la” jawap Rizan memotong.
Tiba-tiba pesanan makanan mereka pun sampai. Masing-masing mengambil sudu dan garfu untuk memulakan makan kearan sejak tadi belum menjamah makanan.
“Aik sejak bila plak ni. Tak bagitau aku pun”
“Ala lama la gak.. lebih kurang sembilan bulan”
“Abis tu, jes ke? Kenapa tak nak bagitau kau selama ni ada chuben. Rizan pun satu, senyap je” Soal Haris lagi.
“Huh kalau kau tengok Ris, boleh menangis lah” Jawap Rizan serius. Aku ni walaupun mulut becok takde lah nak bagitau kalau orang tu dah suruh off record” jawap Rizan pula.
“Abis tu apa yang kau risaukan? Dah time-time macam ni baru kau nak timbulkan. Patut la selama ini banyak aktiviti dengan kitaorang dah kurang” Haris mulai pening. Rizan pula mengiyakan sambil menyedut minuman.
“Dia nak tunang”
Prssssst. Tersembur air dari mulut Haris. “Sorry” Lalu dia cepat-cepat mengelap air yang tersembur itu. “La apa salahnya kalau dia bertunang. Kau sepatutnya gembira. Kau boleh tolong buat persiapan dia bertunang itu nanti” Nada Haris memujuk.
“Entah la… aku takde mood nak buat tu semua” jawab Kalam malas sambil termenung.
“Rilex arr… kalau kau sayang dia kau sepatutnya gembira untuk dia ok” Rizan cuba pula
menambah. Sambil itu dia terpandang seseorang di luar restoran Pizza Hut itu.
“Eh, aku kenal budak tu” Sambil menunjuk ke arah seorang lelaki di luar restoran.
“Kenapa dengan dia? Kau dan on dengan dia eh” Teka Haris
“Mmmmm hehehehe” Rizan hanya sengih seperti kerang busuk.
“Dah agak dah. Can do gak. Apa role kau?” Haris cuba bertanya walau dia dah tahu jawapannya.
“Ala kau ni. Tengok gaya Si Rizan ni pun takkan kau tak tau?” Kalam yang senyap dari tadi tiba-tiba minat dengan topik yang sedang berlangsung.
“Ala mana la tau dah tukar posisi ke” Jawap Haris sambil ketawa diiringi dengan yang lain.
“Ha citer la kau dengan Zaki macam mana sekarang? Tak citer pun. Sejak krisis kau dulu tu senyap je” Kalam pula bertanyakan hubungan Haris dengan Zaki.
“Dah ok dah. Biasalah dia pandai pujuk. Lemah aku dibuatnya.” Ujar Haris.
“Zaki tu cover habiskan? Tak pernah nak keluar dengan kita. Takut pecah lobang la tu” Rizan pula mengkritik tabiat Zaki.
“Ala biarlah prinsip masing-masing. Kan Haris kan…” Bela si Kalam.
“Dah dia macam tu. Aku tak boleh buat apa.. Kang kalau kita tegur kang, semua tak kena. Aku gak yang kena sepak terajang dia” Haris pasrah saja seolah-olah dialah isteri mithali.
“Mmm tak faham cinta sejenis ni…” Rizan pula mengeluh
“Macam pernah dengar je ayat tu” Haris teringat kata-kata itu dulu dari mulut Kalam.
Mereka terus bertukar-tukar cerita. Diselang-seli dengan gelak ketawa. Sudah lama mereka tak berkumpul bersama-sama. Kalam pun hampir terlupa dengan masalahnya itu. Sebenarnya bukan masalah tetapi kenyataan yang harus diterimanya. Tidak berapa lama kemudian Kalam menerima panggilan daripada Fadil, tetapi Kalam malas hendak bercakap dengannya buat masa ini.
----------Ж-----------
Pada malam itu Fadil seperti biasa bermalas-malasan di atas katil dibiliknya. Jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Beberapa minggu lagi dia akan bertunang dengan El. Dia tak pasti sama ada dia telah bersedia dengan semua ini. Setelah menjalinkan hubungan hampir dua tahun dengan El, dia merasakan kehadiran Kalam menyenangkannya dan memahami hati gelap seorang lelaki. Walaupun El selalu hadir disisi memberi galakan dan perangsang dikala Fadil dalam kesusahan. Fikirannya kusut. Yang pasti dia akan menjadi tunangan El. Dan yang pastinya El adalah masa depannya. Fadil tidak boleh menolak takdir alam. Fadil buntu dan tak mahu buntu berlarutan pada malam itu dia bergerak ke arah komputernya. Dia terlihat id ym Matrix666 menyala manakala id yang lain malap sahaja.
Nakrasa : Hai. Apa kabar? Selalu jugak kau online yer?
Matrix666 : Hai. Baik saje. Biasalah ramai kawan katanya.
Nakrasa : Ye ke? Ke skandal.. Eh kau duduk dengan sapa?
Matrix666 : dengan bf la. Kan dah bagitau dulu.
Nakrasa : ye ke. Ada ke bagitau? Dah berapa lama dah?
Matrix666 : 2 tahun. Tapi duduk sama baru 8 bulan camtu lah.
Nakrasa : Dia takde kat umah ke tu?
Matrix666 : Takde. Ke rumah kawan.
Nakrasa : Oo.. Setialah dengan bf kau tu. Sebab seseorang yang kita jumpa memang kadang-kadang bukan yang terbaik untuk kita. Terima dia lebih dan kurang kerana perhubungan tu memang dah ditakdirkan untuk kita. Walaupun ada yang terbaik, mungkin orang itu milik orang lain.
Matrix666 : aik tetiba je berfalsafah ni. Kecewa aje bunyi nya. Kalau kita setia pun tapi dia sebaliknya, adakah patut kita setia lagi?
Nakrasa : itulah masalahnya dengan plu ni. Sorang memang tak cukup. Asal suka sama suka je dah declare. Pastu sebulan dua clash. Kawan ada bf dia pun nak jugak. Mmmm macam tulah roda hidup plu. Hahaha
Matrix666 : nak buat camna. Kalau hidup sorang2 bosan pulak. Kalau berdua asik bergaduh je. Yang pastinya masa muda plu memang macam tu. Kalau tak kerana salah seorangnya kawin atau salah seorangnya buat hal mesti hubungan tu sampai ke tua.
Nakrasa : buat hal camna dan ada ke plu yang couple sampai ke tua?
Matrix666 : ye la kalau tak salah sorangnya curang atau skandal dengan lelaki lain tak pun salah sorangnya mintak putus. Biasanya macam tu. Dan kalau dua2 memahami boleh gak hubungan tu sampai ke tua. Tapi tak berkat hidup la kan….haha Tapi nak tanya knp tetiba je mcm bunyi org kecewa je tadi…
Nakrasa : aku nak bertunang beberapa minggu lagi.
Matrix666 : ooo bagus ler. congrats. Tapi nampak macam tak happy je.
Nakrasa : Ye la kau x ingat ke aku kan ada bf dan gf sebelum ni.
Matrix666 : Ah ya tak ya, lupa pulak.la biasa la tu sampai satu peringkat hidup manusia akan berubah. Eh jap bro aku nak ke toilet.
Nakrasa : ok
Sepulu minit Fadil menunggu Matrix666 tapi tak muncul-muncul di ymnya. Dia pun sudah mengantuk. Dia mahu masuk tidur kerana esok dia harus bangun di awal pagi.
Bab 9
Pada keesokan harinya Kalam membuat keputusan untuk menonton filem dari Jepun berjudul Love and Honour seorang diri. Filem itu adalah dibawah tayangan International Screen yang ditayangkan di Mid Valley. Kalam tahu filem sebegitu bukanlah antara pilihan rakan-rakannya jika ingin menonton wayang. Jadi Kalam ingin menontonnya seorang diri. Dia tergerak untuk menonton filem itu setelah Yasmin Ahmad menyatakan filem itu adalah yang terbaik yang pernah ditontonnya setakat ini pada tahun ini yang dinyatakan diblognya. Pada waktu tengahari itu seperti biasa ramai orang beratur untuk menonton wayang. Kadang-kadang dia berasa janggal juga menonton seorang diri kerana orang di sekelilingnya membawa rakan tidak pun dengan pasangan masing-masing. Dia malas hendak menghubungi Fadil kerana tiada mood hendak keluar dengannya. Setelah mendapatkan tiket dia terus beredar dan ingin membeli popcorn kerana tayangan akan bermula lima belas minit lagi. Dia mula beratur untuk membeli makanan. Lambat pula servis jurujual dalam hatinya mengeluh.
Tiba-tiba ada suara seorang perempuan menyapanya dari belakang.
“Hai seorang aje ke? Boyfriend mana?” Suara itu agak sarkastik bunyinya.
Terkedu Kalam dibuatnya. Terus dia menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya bahawa perempuan yang dilihatnya itu adalah El! Muka Kalam serba salah.
“A’ah sorang”
“Oh inilah budak yang kau cerita kat aku tu. Yang couple dengan boyfriend kau tu ya El?” Seorang lagi perempuan mencelah sambil matanya mengerling. Barangkali kawan El Bisik hati Kalam.
“Tengok wayang ke? Mana boyfriend kesayangan awak tu? Tak ikut sekali?” El bertanya lagi. Lain betul sifatnya sebelum ini yang Kalam kenal. Bagaimana pula El boleh tahu hubungan dia dengan Fadil. Kalam buat seperti biasa.
“Err.. tengok wayang jugak ke? Citer apa? Kalam seolah-olah bertanya.
“Bagus la kalau sorang. Kalau aku nampak kau keluar dengan dia sekarang ni tau la apa aku nak buat dengan kau” El marah sambil suaranya ditinggikan.
Tak sangka pula Kalam dengan tindakan El itu. Dia bukan El yang pernah dia kenal. Kalam faham perasaan El. Tapi maca mana El boleh tahu semua ini? Fikirannya berserabut penuh dengan tanda Tanya.
“Eh kau tu sedar sikit. Makhluk macam kau ni patutnya tuhan dah hapuskan dari muka bumi ni paham!” Kawan El itu tiba-tiba marah-marah.
“Kitaorang nak bertunang tak lama lagi. Dia dah jadi milik aku. Kalau kau ganggu atau nak cuba teruskan hubungan tu, siap la kau”. El kelihatan marah setelah kawannya Rosnizawati mencetuskan kemarahan terlebih dahulu. Orang sekeliling memerhati kejadian tersebut.
“Err.. Ok ok..” Hanya itu yang mampu Kalam jawab. Dia malu sebenarnya dan tak mahu bergaduh di tengah-tengah orang ramai. Kalam terus mengambil giliran membeli popcorn. Mukanya merah. Dia terkial-kial memesan makanan.
El memandang dengan marah dari jauh. Lalu dia menarik tangan kawannya supaya beredar dari situ.
“Kenapa dengan perempuan tadi bang? Dia dapat tahu abang bercouple dengan boyfriend dia ke?” Tanya cashier itu sambil membetulkan tudungnya.
Kalam mendegus. “Bagi popcorn satu..!” Dihulurkan wang lalu beredar. Perasaan malunya masih terasa. Dia cepat-cepat berjalan menuju ke tandas. Dia terasa ingin menghubungi Fadil. Kenapa Fadil tidak beritahu hal ini kepadanya? Kalam melangkah masuk ke dalam panggung wayang. Filem Love and Honour baru saja bermula. Kalam dapati cuma ada tiga orang saja dalam panggung itu. Dia cuba memberi perhatian kepada filem itu. Tetapi kadangkala suara El mengaggu tumpuannya.
Bagus juga cerita ini. Lakonan Takuya Kimura hero filem ini mantap sekali. Fikir Kalam apabila selesai menonton. Dia terus keluar. Rasa tak sabar nak hubungi Fadil. Dia terus menuju ke tempat letak kereta. Dia mencari-cari keretanya. Setelah memasuki keretanya dia terus mendail nombor telefon Fadil.
“Hello… Kenapa awak tak bagitau yang El tahu hubungan kita? Saya malu tau tak. Dia marah-marah saya depan orang ramai. Malu tau tak”
“Eh kenapa marah ni? Awak tu yang tak angkat bila saya nak call. Macam mana nak bagitau. Awak kat mana?”
“Saya baru abis tengok wayang. Masa nak beratur beli popcorn tadi dia terserempak dengan dia saya lepas tu terus dia marah-marah”
“Ya memang dia dah tahu”
“Macam mana dia tau?”
“Kantoi dengan sms awak pagi ahad tempoh hari. Kan saya dah bagitau awak dia tidur kat rumah saya.”
“Sms yang mana?”
“Ala yang awak kata sayang-sayang tu. Sekarang ni dah lambat, benda dah berlaku. Sebab tu dia nak bertunang cepat”
“Oo patut la..”
“Dia ada cakap lepas tunang tak nak saya ada apa-apa dengan awak”
“Mmm ok kalau macam tu baguslah. Saya pun kalau boleh nak cuba jauhkan diri dari awak”
“Tapi saya sayang awak Kal”
“Saya tau tapi biarkan benda ni berlalu, saya tau lama-lama semua akan jadi seperti biasa dimana saya boleh hidup tanpa awak dan sebaliknya”
“Mana boleh…”
“Dah saya nak balik ni”
Tak sempat Fadil menyambung ayatnya Kalam sudah menutup telefonnya. Kata-kata Kalam tadi sebenarnya bukanlah dari hatinya. Cuma mulutnya saja berkata demikian. Tapi hatinya masih sayangkan Fadil. Walaupun hubungan mereka belum sampai setahun tapi dia merasakan Fadil adalah lelaki sempurna dimatanya. Dan tak terfikir orang lain boleh menggantikan tempatnnya. Tetapi tak mungkin dia akan terus dengan Fadil kerana El lebih berhak dan tak mahu merosakkan hubungan mereka. Bila-bila masa saja El akan beritahu perkara ini kepada ibu bapanya atau sesiapa saja selepas ini.
----------Ж-----------
Suasana di rumah El di Sentul nampak meriah. Ramai juga saudara terdekat yang hadir ingin menyaksikan pertunangan Syahrifah El Lateefa dan juga Fadil. Hantaran dari pihak lelaki sembilan dulang dibalas oleh pihak perempuan sebanyak sebelas dulang terletak cantik di ruang tamu. Hantaran pihak lelaki bertemakan warna coklat manakala pihak perempuan warna perak. Majlis akan dimulakan bila-bila masa sahaja. Pakcik Fadil mengetuai rombongan bagi pihak lelaki telah berbincang dengan wakil pihak perempuan tentang wang hantaran dan juga tempoh pertunangan. Setelah perbincangan dilaksanakan mereka menetapkan wang hantaran sebanyak RM 7000 serba satu dan bertunang selama setahun tetapi pihak perempuan menyuarakan bahawa tempoh pertunangan jika boleh dipercepatkan kerana tidak mahu terlalu lama dan pihak lelaki bersetuju.
Acara seterusnya adalah menyarung cincin. Ibu Fadil dan adiknya masuk ke dalam bilik El. El kelihatan cantik dengan busana putih bertudung jarang telah sedia untuk disarungkan cincin dijari manisnya. Kelihatan ayu. Beruntung Fadil dapat memilikinya. Seperti biasa ahli keluarga El sibuk mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Selepas semuanya selesai pihak lelaki dijamukan dengan makan tengahari. Majlis berjalan dengan lancar. Ibu Fadil adalah wanita yang paling gembira pada ketika ini. Dalam hatinya berharap anak tunggalnya itu bahagia seumur hidupnya. Dan berharap Kalam tidak kan apa-apa. Tetapi dalam hatinya terasa sedikit hairan kerana keputusan Fadil untuk bertunang secara tergesa-gesa tetapi sudah menganggap ianya sudah tersurat. Jam menunjukkan pukul tiga petang. Rombongan keluarga Fadil meminta diri untuk berangkat pulang. Ibu Fadil amat bersyukur semuanya berjalan seperti yang diharapkan.
Di dalam perjalanan pulang, ibu Fadil Puan Kalsom menelefon Fadil menyatakan majlis selamat berlangsung. Fadil bersyukur. Dia tahu mulai sekarang dia perlu berjimat kerana majlis perkahwinan sekarang pun sekurang-kurangnya menelan kos RM 10 000. Fadil memikirkan untuk buat pinjaman saja. Senang. Selainnya dia merancang menggunakan duit simpanan. Apa akan jadi selepas ini antara dia dan Kalam? Fadil sendiri meneka-neka. Biarlah hubungan mereka akan terus terjalin. Tapi Kalam keras kepala. Dia harus buat sesuatu.
Bab 10
Hari itu Jumaat malam. Seperti biasa kawasan Tasik Permaisuri Cheras dipenuhi dengan golongan orang-orang seperti kita. Banyak kereta keluar masuk. Tempat ini memang popular siap dengan kategori ‘port’ masing-masing. Bahagian yang berdekatan dengan kolam renang adalah untuk orang Cina. Tetapi biasanya orang Melayu pun ada juga yang mana ingin bertukar angin. Bahagian lagi satu adalah untuk orang Melayu. Biasanya disini lebih meriah apabila hujung minggu menjelma. Satu lagi kawasan yang tak kurang hebatnya tak jauh dari port Melayu adalah untuk golongan pondan dimana terdapat juga Mat Rempit yang lepak-lepak. Kalau pondan-pondam ini mandrem mungkin ada lah rezeki malam itu dengan Mat Rempit. Biasanya pondan-pondan ini bukan main seksi pakaian mereka. Semua berangan cantik. Kereta Kalam memasuki ke tempat port Melayu. Memang ramai betul malam ini. Jam kereta Kalam menunjukkan pukul dua pagi. Kebiasaannya orang akan menjadi bertambah ramai apabila mereka yang baru balik dari clubbing singgah lepak disini. Kalam terus mencari tempat letak kereta di satu sudut. Sebenarnya Kalam pergi ini pun atas desakan Rizan yang memujuknya supaya pergi ke tasik malam Jumaat ini. Biasalah Rizan tiada kenderaan, nak tak nak daripada duduk lepak malam minggu begini Kalam turutkan sahaja. Mereka berdua keluar dari kereta. Kadang-kadang malu juga apabila menjelmakan diri keluar kerana ramai akan memandang kepada pengunjung yang baru tiba.
Tiba-tiba Kalam terpandang sebuah kereta Proton Savvy merah dan nombor plat kereta itu yang dia rasa tahu siapa empunya kereta itu. Tak lain tak bukan kereta Kairul. Seterusnya dia cuba meninjau-ninjau kelibat Kairul mana tahu akan terjumpa dia. Lama juga Kalam tak berjumpa dengan Kairul. Lebih kurang lima bulan. “Rizan, aku nak ke sana kejap. Aku nampak kereta Kairul.” Beritahu Kalam kepada Rizan sambil menunjuk arah ke satu batang pokok di satu sudut. Kawasan di sekitar port Melayu disitu dilimpahi dengan lampu jalan. “Ok kau hati-hati sikit. Aku tunggu sini. Senang sikit orang nak kenal pun tak malu-malu hehehe. Kalau kau jumpa Kairul, kirim salam dengan dia.” Rizan berharap akan ada orang yang mendekatinya. Tiba-tiba terdengar suara seseorang memanggil Kalam. Dia mencari-cari di mana datangnya suara itu.
“Hai boleh berkenalan?” suara itu menyapa Kalam lagi. Kalam menoleh ke bawah pokok yang redup dilindungi oleh daun-daunnya daripada cahaya lampu.
“Oh awak…” Kalam terpandang Kairul seorang diri. “Sorang aje ke?” Tanya Kalam. “Ye, sorang” jawab Kairul.
“Buat apa kat sini?” Kalam duduk di sisi Kairul sambil mereka bersalaman.
“Saja lepak-lepak. Datang dengan Rizan ke? Saya nampak kereta awak tadi” Kata Kairul sambil menghembus rokoknya.
“Awak apa khabar? Dengan siapa sekarang?” Kalam terus bertanya soalan. Suasana semakin meriah dengan kereta yang keluar masuk kawasan itu.
“Saya single sejak clash dengan awak. Awak pulak?”
“Saya dah berpunya tapi tak lama lagi saya single” jawap Kalam. “Kenapa?”
“Adalah sebabnya…” jawab Kalam ringkas.
“So boleh tak kita rujuk semula? Saya sunyi tanpa awak. Takde sapa nak urut saya lagi.” pinta Kairul sambil sambil bergurau.
“Awak ingat senang-senang je nak terima awak semula? Takpelah terima kasih saje. Saya dan awak tak mungkin kembali. Saya memang tak sesuai dengan awak. Awak cari saje orang lain. Awak ingat dengan pertemuan kita dengan secara kebetulan ini awak ikhlas dengan kata-kata awak tu?” Kalam menjawab panjang. Kairul pernah menyakiti hatinya dulu. Tak mungkin akan wujud lagi perhubungan sekali lagi antara mereka berdua.
“Awak tak tahu sejak kebelakangan ini saya asyik teringat awak. Sebab itu malam ini saya pergi ke sini dimana tempat pertemuan kita mula-mula dulu. Seharusnya awak ingat lagikan?” Kairul cuba bernostalgia. Kalam sebaliknya menunjukkan muka masam.
“Dah la jangan disebut-sebut lagi. Awak cari saja orang lain. Saya tak suka orang yang kuat berahsia. Cukuplah sekali. Saya hargai kehadiran awak dalam hidup saya. Awaklah cinta pertama saya. Tak lebih dari itu. Tak payah la dikenang-kenang lagi. ”
“Orang dah tak sudi…Tau la awak tu cute. Takpe lah. Mesti ramai lagi yang tunggu. Tapi kalau saya balik rumah awak malam ni boleh?” Kairul sedar perbuatannya pada Kalam dulu sehingga melukakan hati Kalam. Kairul cuba untuk mendapatkan tubuh Kalam malam ini. Tangannya di peha Kalam.
“Awak ada apa-apa lagi nak cakap? Kalau tak saya nak balik ni. Rizan kirim salam kat awak”
“Waalaikumussalam. Kairul menarik nafas panjang kemudian bertanya “Kalau awak baik sangat kenapa nak clash dengan bf baru awak ni?”
“Sebab dia nak bertunang. Itu je. Bukan salah sesiapa pun. Awak jangan berfikiran buruk kat saya” jawap Kalam.
“Apa salahnya dia bertunang. Itu pun nak clash. Awak yang mintak clash kan? Saya tahu perangai awak. Awak ni semua nak yang sempurna, mana ada dalam dunia ni. Kalau dia adalah orang yang terbaik bagi awak kenapa harus awak lepaskan cinta tu… ”
“Dah takde jodoh…” jawab Kalam malas nak berhujah lebih.
“Saya ikut awak balik malam ni?” pinta Kairul.
“Takpelah. Awak cari je mangsa lain kat sini” Kairul hampa dengan jawapan Kalam.
“Lain kali kita jumpa. Saya ke sini pun sebab Rizan yang nak”
Kairul melepaskan nafas yang panjang. Namun tiada rezekinya malam ini dengan Kalam yang pernah jadi kekasihnya dulu. “Senang-senang contact la. Kita boleh keluar sama-sama. Dah lama tak tengok wayang dengan awak.” Kairul memberi pesanan.
“Insya-allah. Saya nak ke sana tengok Rizan. Jumpa lagi” Mereka bersalaman. Kalam berlalu pergi dan mendapatkan Rizan. Nampaknya Rizan telah mendapat mangsa pada malam itu.
“Eh Kal, ini aku kenalkan, Epul” Rizan memperkenalkan Epul kepada Kalam yang mungkin sepuluh minit baru Rizan kenal. Mereka saling bersalaman.
“Dah nak balik ke?” Jawap Rizan control kepada Kalam. “Ye lah.. tak pe ke?
“Mmm Ok lah. Macam ni. Kau dropkan aku dekat kedai mamak. Aku nak supper dengan Epul” Kalam faham perasaan Rizan. Kalau dah dapat tu, bukan main bersinar-sinar wajahnya. “Ok lah aku dropkan kau kat kedai mamak yang biasa tu” Jawab Kalam. Epul tunduk tanda setuju, tidak membantah. Pagi itu terus melayarkan waktunya tapi keadannya disitu masih lagi hidup dengan kehadiran orang-orang seperti kita. Mereka pun beredar. Kalam menghantar Rizan ke kedai mamak yang berdekatan dengan rumah mereka. Manakala Epul dengan kenderaannya sendiri.
“Wah bukan main kau eh. Patut lah ya ya suruh aku pi tasik”
“Ala rezeki tak kan nak tolak”
“So berangkut la ni?
“Tak lah kau ni…”
“Ala dengan aku pun nak malu-malu, cakap je la nyah”
“Tengok la macam mana. Eh kau tengok ok tak dia?”
“Dari segi rupa ok la. Tapi kalau nak buat couple tak tau lah”
“Ye le, baru je kenal. Kan untung kalau aku dapat bf macam Fadil tu kan?”
“Huh dah jangan nak mengada. Kalau kau berangkut ingat pesan aku”
“Ye la mak ayam”
“Heeee…… sejak bila aku jadi mak ayam kau? Dah, turun” Kalam sampai di kedai mamak tersebut. Dia kemudian terus pulang kerana mengantuk melayan kerenah Rizan. Tapi tidak mengapa kalau bukan kerana Rizan dia tak berjumpa dengan Kairul tadi. Wajah Kairul yang hampir terlupakan itu datang sejenak ke benaknya sekarang.
----------Ж-----------
Di pejabat, Kalam nampak sibuk dengan tugasnya. Tidak jauh dari tempat kalam ialah Haris. Tidak lama lagi syarikat tempat Kalam bekerja ingin mengadakan majlis makan Malam seperti tahun-tahun sebelumnya. Harislah orang paling sibuk kerana dia bekerja dibahagian Public Relation. Haris dan beberapa orang daripada pasukanya akan merancang dan melaksanakan majlis tersebut. Selepas bermesyuarat berkenaan majlis itu, Haris terus cepat mendapatkan Kalam dimejanya.
“Kal, kau dengar ni mesti suka”
“Ye ada apa ribut-ribut? Aku lagi sibuk ni” Jawab Kalam dengan loghat Indon kerana sejak kebelakangan ini banyak drama Indon yang ditontonnya di televisyen.
“AJK persembahan majlis makan malam nak kau buat persembahan malam tu. Kau nak tak? Diorang kan kagum dengan persembahan kau tahun lepas tu” Haris senyum. Pada majlis makan malam tahun lepas Kalam mendendangkan lagu Memori Cinta Luka nyanyian asal Nassier Wahab. Dia sebenarnya tak suka sangat dengan Nasier Wahab tapi disebabkan Mawi menyanyikan lagi tu semasa konsert Akademi Fantasia dia seakan teruja untuk menyanyi lagu itu melihatkan aura Mawi melontarkan suara untuk lagu itu.
“Yaa waduh.. mau sekali. Gue gembira ni”
“Ya lho mau nyanyi lagu apa…” Haris pula terikut-ikut.
“Gue tau lagu apa yang akan guwe bawakan”
“Ayuh cepetan. Kalau dah tau lagunya, beritahu pada AJK supaya kamu bisa latian dengan band dari UKM. Encik Johar udah setkan masanya untuk kamu latian dengan mereka”
“Iya-iya dong. Gue lagi senang ni. Gue telepon En. Johar sekarang ya.”
Kalam rasa gembira apabila diberitahu tentang hal ini. Sememangnya Kalam suka menyanyi. Kalau ada masa lapang dia dan rakan sepejabat akan meluangkan masa di pusat karaoke. Apatah lagi kalau dapat buat persembahan dengan band atau kombo. Lagi dia suka. Kalau syarikatnya ada majlis yang memerlukan persembahan pasti Encik Johar mencarinya kerana beliau yakin dengan kemampuan Kalam. Cumanya dia pernah beberapa kali menyertai uji bakat rancangan realiti tak kira Akademi Fantasia, One In A Million, Audition, Suara Emas Beras Jati paling tidak Golden Voice of PJ semua dia cuba tapi tiada rezeki. Mendengarkan suara Kalam boleh tahan tetapi mungkin suaranya tidak cukup istimewa dari pandangan mata juri. Kalam tidak kan lepaskan peluang ini.
Bab 11
Cik Pah : Datang rumah Cik Pah Khamis ini ada Kenduri. Begitulah bunyi sms daripada Zanifah menjemput Kalam datang ke rumahnya sempena kenduri arwah bapanya. Setiap tahun memang Zanifah akan buat kenduri untuk arwah. Satu saja yang dia tidak berapa berkenan apabila datang ke rumah Cik Pah, iaitu persoalan bila nak kahwin. Itu yang buat dia rimas. Kalau balik kampung apatah lagi. Tahan sajalah bebelan ibunya. Ibunya melihatkan kawan-kawan sekolahnya yang sebaya Kalam ramai sudah mendirikan rumahtangga. Dalam hatinya perlukah setiap kita ini berkahwin? Kalam berangan-angan hendak ambil anak angkat sahaja. Dalam usia 30 tahun ini, dia suka melihat budak-budak kecil yang comel-comel. Alangkah bestnya kalau dia mempunyai anak sekarang. Tapi dia tak mampu untuk melakukannya dari zuriat sendiri. Eh siapa kata tak boleh? Bisik hatinya menentang kata-katanya sendiri. Belum cuba belum tahu. Tetapi nafsunya tidak tertawan dengan perempuan. Dia memang tidak mampu. Macam mana hendak berkahwin? Kalau berkahwin untuk mengaburi mata masyarakat dan memenuhi permintaan ibu dan makciknya itu tetapi diri sendiri yang terseksa apa sudahnya. Bercerai. Dia tak mahu menyeksa jiwa dan raga anak dara orang. Kalam tak tahu apa akan jadi dengan Fadil apabila dia sudah berkahwin nanti. Adakah Fadil mampu mengubah hidupnya. Sebab itu ramai orang-orang seperti Fadil apabila telah berkahwin masih melakukan aktiviti songsang ini. Dia tak mahu Fadil jadi begitu.
Hari Khamis yang dimaksudkan telah tiba. Ramai penduduk setaman dengan rumah Zanifah datang pada malam itu. Kalam membantu apa yang perlu. Makciknya mengambil pesanan catering sahaja untuk jamuan kerana tidak perlu bersusah payah. Setelah majlis selesai hanya tinggal keluarga Zanifah dan Kalam serta pembantu rumah Zanifah seorang wanita dari Indonesia. “Kalam bawa ini sikit bawa balik rumah. Kenapa tak bawa Rizan dan Fadil sekali?”
“Diorang ada hal Cik Pah. Lagipun Cik Pah tak jemput diorang” Kalam mengambil bungkusan makanan yang dihulur oleh Zanifah.
“Ye tak ye. Ala lain kali ajak je. Kalau diorang ada hal kenapa tak bawak awek Kal je datang?” Zanifah seperti biasa mengusik Kalam tetapi Kalam tahu dia serius.
“Dah takde Cik Pah. Dah putus. Sebulan dah” Jawab Kalam tipu.
“Aik, kenapa pulak? Ala siannya… Tak sempat nak kenalkan dengan Cik Pah “
“Susah nak jaga” Jawap Kalam selamba. Dia senyum dalam hati dengan awek tipunya tu.
“Macam mana nak kawin ni, jaga perempuan pun susah Kal… Kal. Macam ni, Cik Pah ada seorang kawan ni, Kal nak kenal tak? Cik Pah boleh kenalkan? Dia masih single tau cantik lagi”
“Ala nanti-nanti lah. Kal tak nak gopoh-gopoh”
“Gopoh apanya. Umur Kal dah berapa? 30 kan? Haa kalau kawin tua tak best la”
“ Ala ni yang Kal lemah ni. Cik Pah sama je dengan mak. Tu yang Kal malas nak balik kampung tu”
“Dah jangan nak membebel pulak. Ini kad budak tu. Namanya Siti Maisara. Dia satu pejabat dengan Cik Pah dulu. Cik Pah memang simpan kad dia. Ambiklah. Contact dia ok” Zanifah menghulurkan kad Siti Maisara lalu diambilnya kad itu oleh Kal.
“Cantik yer. Tengok la nanti”
“Cantik kalau tak, Cik Pah tak kenalkan. Dia pun baru putus dengan bf dia tiga bulan dah”
“Kenal-kenal ler. Takkan tak nak awek cun Kal” Uncle Haikal tiba-tiba mencelah dari dalam rumah. Dia tak rapat sangat dengan Uncle Haikal. Tak tau kenapa. Tapi Uncle Haikal handsome juga orangnya. Mungkin sebab itu kot.
“Jangan lambat Kal takut dikebas orang pulak” Uncle Haikal menyambung. Dia pun menggalakkan Kalam berbuat demikian. Kalam senyum sahaja. Selepas itu Kalam meminta izin untuk pulang. Huuh lega bila dapat pulang, lepas azab dengan pertanyaan yang dia dah jangka itu. Eeiii tension……
----------Ж-----------
Fadil masih lagi dipejabat walaupun waktu bekerja sudah tamat. Ada sesuatu yang dia fikirkan. Dia kliknya ym Kalam. Harap-harap Kalam balas ymnya.
Nakrasa : Kal apa kabar? Tak balik lagi?
Puteradarma : baik….. tahniah atas pertunangan awak. Saya tumpang gembira. Kejap lagi balik.
Nakrasa : Kal saya tahu awak tak nak saya hubungi awak lagi. Kita kawan k. Saya tak dapat lupakan awak.
Puterdarma : Ini kalau El tau mampus awak.
Nakrasa : ala dia tak tau la.
Puteradarma : apa la keistimewaan saya ni. Saya xde apa.
Nakrasa : awak jangan cakap macam tu. Saya tahu kelebihan awak.
Puteradarma : mengarut
Nakrasa : saya boleh lupakan awak. Tapi penuhilah 1 permintaan saya ni
Puteradarma : apa dia?
Nakrasa : Saya nak bawa awak jalan2 ke Jakarta dan Bandung. Awak mesti suka.
Puteradarm : buat apa? X payah la susah-susah. Simpan duit awak tu buat kawin.
Nakrasa : Plssss kalau awak masih sayangkan saya dan cintakan saya. Lepas itu saya tak kacau awak lagi.
Puteradarma : Awak ni……
Nakrasa : Ke awak dah ada bf lain? Cuba cakap kat saya…..
Puteradarma : mana ader.
Nakrasa : kita belum putus officially kan?
Puteradarma : eh kan dah masa awak tunang hari tu officially kita putus.
Nakrasa : Awak pun x datang masa saya tunang hari tu.
Puteradarma : Awak gila.. nak saya mati kena bunuh dengan El?
Nakrasa : Awak jgn mcm ni. Saya tak setuju pun. Saya tak beri lagi sesuatu semasa perhubungan kita. Izinkan saya… L
Kalam terdiam sebentar. Dia turut simpati dengan Fadil merayu begitu. Sudah lama dia tak mendengar rengekan dari Fadil. Hati keras Kalam akhirnya runtuh.
Puteradarma : baiklah. Saya setuju. Awak belanja kan?
Nakrasa : Yess. Ya saya belanja. Kalau macam tu saya booking tiket Air Asia dulu. Saya cadang nak pergi cuti sekolah ni. Awak ok?
Puterdarma : Mmm ok. Boleh. kita pergi berapa lama?
Nakrasa : saya plan 4 hari 3 malam.
Puteradarma : ok. Tapi awak janji dgn saya lepas itu awak setia dgn El dan buat dia bahagia… boleh?
Nakrasa : Saya cuba jadi suami yang baik. Insya-allah. Awak jgn risau pasal El saya tak akan bagitau dia kita pergi Indon. Saya nak buatkan percutian ini satu kenangan yang terindah untuk kita.
Puteradarma : Awak, sebenarnya saya sayangkan awak. Awaklah insan yang bermakna dalam hidup saya. Kalau boleh saya tak mahu cari pengganti awak. Tapi sampai bila kita nak macam ni? Awak rasakan? Awak kira beruntung sebab ada El. Apa yang mampu saya lakukan untuk membahagiakan awak? Kita takkan selamanya bersatu. Sampai masa kita tunduk kepada ketentuan-Nya. Awak, jaga El baik2 ok…
Nakrasa : Ye saya tahu. Alangkah bagusnya jika saya disamping awak sekarang. Saya akan peluk awak dan saya ucapkan ditelinga awak dgn yakinnya bahawa tak kan ada cinta yang seteguh ini. Saya buat apa saja untuk cinta saya.
Puteradarma : Sudah Fad. Jgn berkata-kata lagi. Cukup. Kalau awak taip lagi saya logoff.
Nakrasa : Saya tahu mungkin saya tak sempurna dimata awak. Tapi biarkan saya menyintai awak selamanya.
Puteradarma : Itu saya tak boleh halang awak.
Nakrasa : Sayang, saya tak mampu nak tinggalkan awak…. LL
Puteradarma : Awak saya dah nak balik ni. Awak jaga diri. Nanti bagitau saya tarikh dan waktu flight semua tu. Ok?
Nakrasa : Ok…. Bye.
Puteradarma : Bye…
Bab 12
Malam yamg dinantikan sudah tiba. Majlis Makan Malam Syarikat Daya Teknologi Bhd. nampak begitu hebat sekali di dalam dewan Hotel The Legend Kuala Lumpur. Haris berada di sebelah kanan pentas sedang sibuk berbincang dengan pengacara majlis. Selepas itu dia ke sana ke mari menyuruh sesuatu kepada anak buahnya supaya majlis dapat berjalan seperti yang diharapkan. Pentas pula disinari cahaya warna-warni. Tertulis di papan latar pentas ANNUAL DINNER 2007 MALAM APRESIASI . Kalam duduk semeja dengan rakan-rakan satu Bahagian. Kalam berasa tidak sabar bercampur gementar. Haris tiba-tiba datang ke arah Kalam dan berkata “Kal kau boleh buat. Jangan hampakan aku dan En. Johar.”
“Ye la aku cuba yang aku mampu”
“Eh sampai sekarang aku tak tau lagu apa kau nak nyanyi?”
“Ala tunggu je la, surprise!”
“Tak habis-habis surprise kau. Ok la aku nak jumpa En Johar kejap”
Majlis pun bermula. Pengacara majlis mengumumkan ketibaan Pegawai Ketua Eksekutif Tan Sri Yahya Abd. Zakaria dan isteri menuju ke meja VIP diiringi VIP yang lain. Muzik mengiringi suasana ketika ini. Majlis yang diadakan setahun sekali ini adalah untuk meraikan kakitangan Syarikat Daya Teknologi bagi menghargai usaha kakitangan yang telah bertungkus-lumus menaikkan nama syarikat. Tiba pula giliran Ustaz Haron untuk menyampaikan doa. Keadaan menjadi tenang. Seperti biasa Pegawai Ketua Eksekutif dijemput naik ke pentas untuk memberikan sedikit ucapan penghargaan. Ucapan mengambil masa dalam lima belas minit selepas itu masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang yang berada didalam dewan adalah masa untuk makan malam.
Sambil tetamu menjamu selera, tibalah giliran persembahan pertama dari kumpulan dikir barat yang diundang khas. Selepas ini adalah persembahan Kalam yang telah bersedia dibelakang pentas. Dari mula lagi Kalam telah siap sedia dengan baju yang ditaja oleh Rizan bagi menjayakan persembahannya malam ini. Nampak macam artis gamaknya. Itu yang memberikan Kalam keyakinan. Mulut Kalam kumat kamit menghafal lirik lagu yang akan didendang sebentar lagi. Seterusnya pengacara menjemput band dari UKM itu untuk menyampaikan medley lagu yang disampaikan oleh penyanyi residen artis UKM sendiri. Eh, bila giliran aku ni? Kalam tiba-tiba tertanya-tanya.
“Kal, lepas ni kau” Haris berlari-lari menuju ke arah Kalam.
“Oh ye ke? Dah tukar eh? Ok lah. Aku dah ready pun ni”
“Ok all the best” Haris terus keluar dari belakang pentas. Kelihatan sibuk sekali.
“Thanks…”
Dua puluh minit kemudian, pengacara majlis mengumumkan ;
“Kini tibalah masanya untuk persembahan dari artis Daya Teknologi yang berbakat tak lain tak bukan Kalam Sharifuddin dengan lagunya Malaikat!”
Kalam dengan yakinnya keluar ke pentas. Matanya amat silau dek cahaya spotlight yang menerpa ke arahnya.
“Apa khabar semua. Assalamualaikum! Pada malam yang penuh bermakna ini saya akan menayanyikan sebuah lagu yang berjudul Malaikat yang dipopularkan oleh Judika. Nada suaranya terketa-ketar oleh kerana gementar.
Muzik intro kedengaran dari band UKM dan Kalam sedia untuk menyanyi.
Malaikat
Matamu butakan hatiku, senyummu menggoda jiwaku
Aku menyerah
Suaramu terus memanggilku, wajahmu ada di mimpiku
Aku menyerah
Malaikat di sampingku mengingatkan, tinggalkan dirimu
Setan pun di sampingku menyuruhku, untuk bersamamu
‘Ku cinta kau
‘Ku cinta kau
Tapi kau t’lah ada yang memiliki
‘Ku tak bisa
‘Ku tak bisa
‘Ku tak bisa
Tinggalkanmu atau pun bersamamu
Cintaku berat padamu
Rasa yang kurasa padamu, cinta yang terjadi padaku
Aku menyerah
Suaramu terus memanggilku, wajahmu ada di mimpiku
Aku menyerah
Kalam menyanyi dengan penuh perasaan. Tiba bahagian solo, Kalam tak dapat menahan air matanya dari terus bergenang.
Yeah… Ooo…
Malaikat di sampingku mengingatkan, tinggalkan dirimu
Setan pun di sampingku menyuruhku, untuk bersamamu
‘Ku cinta kau, ‘ku tak bisa ooo…
‘Ku cinta kau, ‘ku tak bisa ooo…
Tapi kau t’lah ada yang memiliki
‘Ku tak bisa
‘Ku tak bisa
Tinggalkanmu atau pun bersamamu
‘Ku cinta kau, ‘ku tak bisa…
Setelah habis lagu tersebut khalayak yang menonton amat terpukau dengan persembahan Kalam. Lebih baik dari tahun lepas dimana dia menyanyikan lagu Memori Cinta Luka. Semua bertepuk tangan. Kalam memberi hormat lalu meninggalkan pentas.
“Kal, kau ok ke?” Haris tiba-tiba muncul disebelah Kalam.
Kalam kelihatan gugup. Dia mengesat air matanya. “Kau ni hayati betul lagu tu” jelas Haris.
“Ni mesti ada kaitan dengan Fadil ni. Amboi lepas ni boleh la keluar statement “Artis tak tahan sebak ketika menyanyikan lagu Malaikat” Haris bergurau.
“Huuh aku ok.. Cuma emosi terlebih sikit”
Encik Johar pula datang ke arah mereka berdua. “Kalam, takde apa-apa? Bukan main lagi. Ada apa-apa ke ni dengan lagu tu?”
Kalam menjawab sambil ketawa “Takde apa-apalah En. Johar. Feeling terlebih”
“Itu lah suka sangat tengok Akademi Fantasia, but it’s great Kal, well done! Confirm tahun depan saya bagi 2 lagu untuk Kal”
“Ye ke? Thanks…”Kalam senyum gembira. “Ok lah saya ada kerja nak buat ni. Haris awak tengok-tengokkan kalau pengacara itu nak apa-apa ke” Encik Johar beredar keluar.
“Baik Encik. Johar.. Ok, kalau kau dah reda, balik ke meja kau. Kau tak makan lagi” Ujar Haris. “Alamak segan la pulak. Mesti peminat-peminat I tertanya-tanya nanti. I tak sedia nak keluarkan statement. Maklumlah artis baru nak naik ” Kalam pula sempat berseloroh.
“Hayyooo berangan betul. Dah mula dah…..” Haris faham dengan sifat Kalam yang suka berangan jadi artis. Kadang-kala tak larat nak layan kerenahnya itu. Kalam masih tak percaya dia boleh menitiskan airmata semasa menyanyi tadi. Dia merasakan cintanya pada Fadil masih kuat.
Bab 13
Penerbangan ke Jakarta akan berlepas bila-bila masa sahaja. Para penumpang Air Asia telah bersedia untuk berlepas. Waktu sekarang adalah pukul 7 pagi. Kira-kira pukul 9 pagi nanti Kalam dan Fadil akan menjejaki kota besar Jakarta. Terasa girang dihati Kalam kerana ini adalah pertama kali dia pergi ke Jakarta dan Bandung tetapi Kalam pernah pergi ke Bali pada tahun lepas sebelum dia mengenali Fadil. Bagi Fadil pula ini adalah kali ketiga. Kali kedua Fadil pergi bersama El. Tempat duduk kelihatan penuh ini kerana orang ramai tidak ingin melepaskan peluang untuk mendapatkan tiket percuma promosi dari Air Asia. Di sebelah Kalam ialah seorang wanita pertengahan umur, Kadangkala memandang-mandang Kalam dan Fadil. Mungkin ingin menegur tapi malu-malu.
Perut Fadil kenyang baru saja lepas sarapan di LCCT sebentar tadi. Dia ambik keputusan untuk tidur saja, tapi Kalam mula bertanya soalan pertamanya di dalam pesawat ;
“Jadi, awak cakap pada El awak nak pergi mana?”
“Mmm saya cakap ada ekspedisi panjat Gunung Kinabalu dengan kawan-kawan”
“Sejak bila pulak suka panjat gunung ni?”
“Ala… akai ada ka? Kalau naik gunung takde le line telefon”
“Huh bijak… Ingat, dekat bawah ada lah line kat puncak je takde” Kalam seakan marah.
Fadil hanya menjuih lidahnya ke arah Kalam. “Boleh tak awak senyum sikit. Saya nak kita gembira pi Indon” Kata Fadil sambil mencubit pipi Kalam. Wanita sebelah Kalam tadi tersenyum sahaja.
“Anak nak pergi Jakarta ye? Berdua je?”
“A’ah berdua je” Jawap Kalam pantas. Seakan malas nak berborak.
“Mesra…” Wanita itu berkata. Wanita itu syak sesuatu, apa tidaknya berbual-bual dengan lelaki ber’awak-awak’ segala. Tidak dapat pula Kalam meneka sama ada wanita itu perli atau sekadar ramah.
Terdengar pengumuman dari juruterbang bahawa pesawat akan berlepas.
“Dah la wak saya nak tidur ni. Tak cukup tidur. Dah la bangun awal” Fadil terus meletakkan kepalanya ke tepi tingkap. Tidak berapa lama kemudian dia terus terlelap. Kalam membuka majalah yang baru dibelinya. Wanita sebelah Kalam itu cuba membaca dengan memanjangkan lehernya. Kalam pandang wanita itu, kemudian wanita itu tersengih-sengih.
Dua jam kemudian.
Fadil dan Kalam pun menjejaki kakinya di lapangan terbang Sukaerno Hatta. Semua urusan perjalan telah di atur Fadil. Pemandu pelancong telah tunggu mereka di luar. Fadil melambai-lambai Pak Muckhtar yang sedang duduk di satu bangku. Fadil pernah berurusan dengan Pak Muckhtar semasa syarikat Fadil menghantar staff-staff membuat lawatan perniagaan disebuah syarikat di Jakarta. Jadi segala urusan pengangkutan menjadi senang kerana Fadil telah mengenali Pak Muckhtar. Pak Muckhtar terus mengambil beg mereka dan terus memasukkan ke dalam bonet kereta. Setelah bertanya khabar masing-masing tanpa membuang masa mereka terus saja meneruskan perjalanan ke Bandung.
“Kenapa tidak ambil pesawat terus ke Bandung ya Fadil?
“Oh, kawan saya ini mau liat-liat pemandangan sepanjang perjalanan ke Bandung”
“Oh begitu, sebelum itu kita makan dulu ya sebab perjalanan lagi dua jam” Ujar Pak Muckhtar. Mereka berdua hanya setuju.
Perjalanan mengambil masa dua jam lebih kerana jalan sedikit sesak sebelum memasuki lebuhraya. Kalam melihat persekitaran kota Jakarta amat padat dengan manusia dan terlalu kotor serta rumah-rumah yang berselerak serta nampak daif. Kalam terasa amat letih dengan penerbangan tadi lalu tertidur manakala Fadil sibuk berborak dengan Pak Muckhtar.
Setelah menempuh perjalanan yang amat memenatkan maka sampailah ke kota Bandung dalam pukul 4 petang waktu tempatan. Kalam melihat disini lelakinya amat cerah dan boleh tahan berbanding di Jakarta tadi. Mungkin tadi mereka melalui Jakarta Selatan atau Barat Kalam tak pasti maka tak kelihatan lelaki yang handsome-handsome atau berkulit cerah seperti yang dia tonton di kaca tv.
Sampai di kota Bandung Kalam dan Fadil pergi kesemua butik-butik pakaian yang mereka lihat disitu. Salah satunya Heritage yang kelihatannya seperti sebuah rumah batu lama yang diubahsuai menjadi kedai menjual pakaian. Selepas itu mereka ke Plaza Dago dan akhir sekali ke Rumah Mode sebuah lagi factory outlet di Bandung. Kalam amat teruja sekali ke Rumah Mode untuk membeli-belah. Rambang mata Kalam dibuatnya. Rumah Mode juga kelihatan seperti rumah batu lama yang ditukar menjadi butik pakaian dihiasi perhiasan ala Bali. Kalam lihat disitu ramai juga pelancong dari Malaysia di butik ini berdasarkan cara mereka bercakap. Selepas itu Pak Mukchtar membawa mereka makan malam di restoran berdekatan. Katanya di restoran ini jarang orang tempatan datang kebanyakannya adalah pelancong dari Malaysia. Diluar restoran beberapa orang menjual barangan cenderamata. Hal inilah yang Kalam dan Fadil rimas dan perlu berhati-hati kerana kadang-kadang mereka ini bertindak agresif memaksa supaya membeli. Kemudian mereka terus ke hotel Mitra bermalam untuk pertama kalinya di kota Bandung.
Seawal pagi Fadil dan Kalam sudah bersedia untuk bersarapan kerana banyak lagi aktiviti menanti. Kartika Sari adalah tempat pertama yang mereka lawati hari ini di mana disini banyak terjual kek dan makanan tradisional lain. Seterusnya ke Cihampelas Walk dimana banyak kedai-kedai pakaian sepanjang jalan dihiasi dengan karakter-karakter superhero. Kedai-kedai disini kebanyakannya menjual jeans, t-shirt serta aksesori. Mereka berdua amat teruja sekali dan hampir lupa dunia membeli beberapa helai pakaian. Selepas makan tengahari destinasi seterusnya adalah ke Pasar Baru. Pasar Baru ala-ala Pertama Complex di Kuala Lumpur tetapi lebih besar dan manusianya ramai ya amat. Mereka tak berminat untuk menjelajah tingkat demi tingkat di Pasar Baru itu sebaliknya merayau di sekitar Pasar Baru melihat suasana di sini yang Kalam rasa amat sibuk dan orang pula terlalu ramai, tetapi mereka seronok kerana selepas ini entah bila lagi akan ke sini. Selepas penat berjalan mereka pulang semula ke Jakarta dan tiba pukul sepuluh malam.
Mereka berdua amat keletihan. Selepas kedua-duanya habis mandi. Fadil terus mendapatkan tubuh Kalam.
“Saya tak nak lepaskan peluang ni” Fadil berbisik ke telinga Kalam.
“Awak, saya penat la”
“Habis tu bila lagi?”
“Esok pagi je lah”
“Mana boleh tangguh-tangguh lagi dah, banyak air ni”
“Hisshh….”.
“Please….”
Kalam tahu jika tidak diizinkan sekalipun Fadil tetap mahukannya. Kota Jakarta akhirnya menjadi saksi bisu perlakuan mereka. Mungkin yang terakhir bagi mereka berdua. Fadil menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin kerana dia tidak tahu apa nasibnya selepas ini.
Hari pertama di sini Kalam dan Fadil memutuskan untuk pergi sendiri menerokai kota Jakarta tanpa Pak Muckhtar. Mereka berdua berjalan kaki sahaja menuju ke Monumen Nasional ataua MONAS yang berdekat dengan hotel. Di sini kelihatan orang berjogging dan beriadah. Selepas puas menangkap gambar, Tanah Abang menjadi destinasi pilihan. Di sini terdapat Mall yang kelihatan di mana pakaiannya kelihatan cikai dan mereka tak berminat untuk membeli-belah. Seterusnya mereka mengambil teksi menuju ke Senayan City pusat komplek membeli-belah moden ala Mid Valley. Mereka memasuki kedai CD. Tiba-tiba Kalam ternampak CD Judika - One. Tanpa berfikir panjang, dia terus membelinya tanpa disedari oleh Fadil. Setelah puas disitu mereka ke Blok M dan Jalan Surabaya. Di Jalan Surabaya ini banyak kedai antik di sepanjang jalan. Dihujung Jalan Surabaya itu Fadil ternampak panggung wayang. Apa lagi, mereka berdua tidak ingin melepaskan peluang untuk menonton filem Indonesia dan mengambil keputusan untuk menonton 3 Hari Untuk Selamanya. Wow, Nicholas Saputra hanya pakai boxer saja di kolam renang dan ada adegan bercium Nicholas Saputra dengan pelakon utama Tentang Dia dahulu dalam filem ini. Entah kenapa apabila menonton disitu Kalam berasakan seperti orang tempatan yang meluangkan hujung minggu mereka menonton wayang. Keadaannya memang memenatkan selepas sehari suntuk berjalan. Mereka pun mengambil teksi untuk balik ke Hotel Ibis Accardia yang mereka check-in malam tadi. Pada waktu malamnya pula mereka ke Shopping Complex Sarinah yang berdekatan hotel dan membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Kalam terasa amat gembira sekali.
Hari yang terakhir di Jakarta, Mangga 2 adalah destinasi wajib bagi pelancong Malaysia. Pak Muckhtar menghantar mereka ke sana. Seperti biasa Kalam rambang mata melihat pakaian yang dijual amat cantik terutama di tingkat paling atas. Mereka membeli beberapa helai pakaian dan jeans. Kalam tidak lupa membeli baju untuk Haris dan Rizan sebagai cenderamata. Petang itu mereka bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kalam amat terharu dengan sikap Fadil yang amat mengambil berat terhadapnya sepanjang percutian ini. Dilindungi, dibelai, semuanya lengkap. Mana mungkin lagi dia akan bertemu insan sebaik dia. Tetapi semuanya telah dirancang. Kalam pasrah. Kenangan ini akan tersimpan sampai bila-bila.
Bab 14
“Awak ni nampak malu-malu je. Kenapa? Tak payah la malu dengan saya. Macam pertama kali jumpa perempuan pulak”
“Err takde lah mana ada. Saya ok je, Cuma tak tahu nak borak apa”
“Awak suka perempuan yang macam mana?” Ishh banyak Tanya pulak perempuan ni rungut hati Kalam. Siti Maisara terus menghirup minumannya. Mereka baru habis menjamah makanan tengahari di satu restoran mamak di Keramat.
“Saya suka yang kulit cerah dan muka macam orang Arab, baru cun” Jawap Kalam dengan begitu yakin.
“Oh kalau begitu ex-girlfriend awak tu muka macam arab lah ye?”
“Err tak jugak. Eh ada la sikit-sikit. Tapi entahla.. dia tinggalkan saya. Sebab saya ni tak romantik kot”
“Mm takpelah saya tak nak tahu hal ex Kal. Takut awak sedih”
Kalam memerhati sahaja Sara mengomel. Dia belum biasa dengan keadaan ini. “Tapi Kal, hati perempuan ni lain sikit, sensitif. Perempuan anggap lelaki ini bukan sahaja pelindung bagi dirinya, tapi sebagai teman memahami jiwa dan raga sepanjang dia hidup. Kalau sekali hati perempuan dilukai, selamanya akan dia ingat”
Kalam macam sudah biasa dengan apa yang Sara katakan itu. Mungkin dalam drama Melayu di tv. Stereotype betul. Dengus Kalam. Padahal apa yang Sara katakan itu adalah dekat dengan dirinya. Sekata. Mana tidaknya, dia meletakkan jiwanya sebagai pengganti perempuan di sisi Kairul dan Fadil dahulu..
“Ye lah tapikan hati lelaki ni kadang-kadang keras. Lelaki tak mahu hidupnya di kongkong setiap masa, rimas” Kalam cuba memberi pendapat. Dia mengatur ayatnya berhati-hati agar pendapatnya itu nampak seperti keluar dari kata-kata lelaki sejati.
“So ex awak dulu tu terlalu mengongkong? Oopsss. Sorry terlupa”
“Haa kata tak nak tanya pasal dia?” Kalam tersenyum. Manis senyumannya di mata Sara. Sara pula membalas senyumannya.
“Awak nak tahu, sekarang ni ramai lelaki tak boleh dipercayai”
“Maca mana tu?”
“Ye lah nampak je macam lelaki biasa, tapi sebenarnya dua alam” Ujar Sara.
Terkesima Kalam mendengar ayat yang keluar dari mulut Sara. Tapi dia lagak seperti biasa. Tapi dia rasa tak pelik kerana perempuan sekarang bukan macam dulu. Sekarang ini lebih advance dan lebih terbuka.
“Maksud awak?” Kalam buat-buat tak faham.
“Yelah, depan kita bukan main macho tapi kat belakang kita buat hubungan dengan lelaki lain. Dah banyak dah kisah macam tu saya dengar. Hai minta-minta disimpangkan”
“Kenapa? Dari pengalaman sendiri atau kawan-kawan awak?”
“Pengalaman kawan. Kesian dia. Hampir nak bertunang. Tapi tak jadi sebab dapat tahu boyfriend dia tu sebenarnya gay. Mula-mula dia tak percaya. Kawan-kawan dah nasihatkan dah, boyfriend dia tu semacam je”
“Semacam macam mana?”
“Ye lah, apa orang kata tu.. ala ada istilah dia apa…aa metroseksual. Kalau dressing tu bukan main. Tapi kawan saya ni dah sayang sangat nak buat macam mana”
“Boyfriend dia tu nampak lembut ke? Ala tak semua lelaki metroseksual macam tu kot”
“Tak. Dia macam biasa je. Handsome lagi. Tapi dia ni kalau pasal jaga muka mengalahkan perempuan”
“Hehehe macam-macam hal sekarang ni kan. Tapi yang peliknya kenapa dia nak jugak bercouple dengan kawan awak tu?”
“Ala mana tau nak cover ke, mak suruh kawin ke…”
“Eii dah la, ubah topik, tak best la. Kita cerita pasal kita lah. Kan awak datang ni nak jumpa saya”
“Hee sorry lah saya ni kalau dah bercakap macam cakap dalam talkshow”
Mereka berbual-bual disitu hampir tidak sedar masa berlalu. Banyak yang dia tahu pasal Sara. Mula-mula dia ingatkan Sara ini gadis Melayu tipikal. Tapi macam ada sesautu yang menarik perhatiannya walaupun wajahnya bukan macam gadis Arab. Tiba-tiba telefon bimbit Kalam berdering.
“Ye. Ha’a. Belum habis lagi…. Kat kedai mamak ni…. So far ok….. Ishh takde lah. Tak sempat-sempat. Ye memang nak cakap tapi belum abis lagi macam mana nak bagi tau. ………Hehehe Ye la nanti Kal telefon semula….. Ok bye”
Zanifah tak sempat-sempat mahu mengambil report tentang perkembangan pertemuan Kalam dan Sara. Zanifah doakan yang baik-baik saja. Kalam hanya tersenyum memandang Sara selepas itu.
Lapan Bulan Kemudian
Rumah El dipenuhi dengan sanak saudara dan jiran terdekat. Sebentar lagi akan berlangsung pernikahan di antara Syarifah El Lateefa dengan Fadil Abd Aziz. Kesemua hantaran tersusun cantik di ruang tamu. Fadil telah sedia bersila ditempat duduk khas untuk bakal pengantin. Dengan mengenakan sepersalinan baju melayu berwarna krim siap bersongkok menampakkan ketampanan Fadil untuk pertama kalinya melafazkan akad nikah. El belum turun dari tingkat atas rumahnya. Fadil berdebar-debar seperti pengantin lain. Kalam tiada disisi untuk menyaksikan hari yang paling bersejarah dalam hidupnya. Wajah Kalam masih terbayang-bayang dibenaknya. Sempat lagi. Sudah beberapa bulan Fadil tidak menghubungi Kalam sejak bercuti bersama ke Indonesia dahulu kerana dia menghormati janjinya supaya tidak sering mengganggu kehidupan Kalam. Tetapi Kalam tahu bahawa Fadil akan bernikah malam ini kerana Fadil telah sms Kalam dua hari lepas.
Sementara itu di Cheras UE3, Kalam dan Rizan sedang menunggu Haris. Kalam melihat jam tangannya menunjukkan pukul lapan malam. Mereka sedang menunggu Haris untuk pergi berurut.
“Mana pulak si Haris ni Kal…. lambatnya” Kata Rizan sambil bersandar di kereta Kalam. “Tunggu je la kejap, sabo sikit tak lari de si Jeffri tu”
“Eh kau ni macam biasa je aku tengok. Kau ok ke?” Rizan dapati Kalam seolah-olah telah melupakan Fadil.
“Tak ok pun buat-buat ok je lah”
Rizan mengeluh. “Takpe malam ni kita enjoy” sambung Rizan.
Tidak berapa lama kemudian Haris sampai bersama dengan Zaki. Terkejut juga Kalam dan Rizan. Zaki dan Haris keluar dari kereta lalu masing-masing bersalaman.
“Hai selalu tak nak join kitaorang” Rizan memerli Zaki. Kalam pula mengerutkan dahinya seakan memarahi Rizan berkata demikian.
“Ala takkan tak boleh.. Lagipun kalau pergi tempat macam ni kena ikut, kalau tak siap la dia” tegas Zaki. Muka Haris masam.
“Dah dah jangan nak mula pulak” Kalam menjadi penyelamat.
“Dah jomlah naik” kata Haris
Mereka pun naik ke salah satu pusat urut yang popular dikalangan orang-orang seperti kita di kawasan itu. Kedatangan mereka dijemput oleh tauke Cina pusat urut itu. Suasana di situ suram, sedikit saja lampu menerangi sesuai dengan tempatnya. Mereka duduk menunggu dilayan oleh tauke cina itu.
“Ok, sekarang kita ada ramai; Mexico, Carl, Sharp, Bimbo, Vast. Mari lah tengok” Tauke itu mengajak
“Bos, takde gambar ke?” Tanya Kalam kerana dia pertama kali ke sini.
“Tak, tapi u boleh tengok diorang”
Maka keempat-empat sekawan itu pun terjengah-jengah bilik kecil di mana tukang urut sedang menonton tv sambil lepak-lepak.
“Ramai jugak can do-can do”. Kata Kalam dalam hati.
Setelah menjengah-jengah wajah tukang urut itu maka, Rizan telah memilih Jeffri seorang yang tinggi, kurus dan rambut panjang. Muka boleh tahan. Sebab itulah dia booking awal-awal takut ada orang lain sedang menggunakan servis Jeffri. Haris pula memilih yang muscular iaitu Bimbo, badan sedap-sedap kalau dapat dipeluk sebab Zaki pun lebih kurang seperti Bimbo. Muka Bimbo nampak garang mungkin sebab itulah dia tahan dengan perangai Zaki gamaknya. Zaki pula memilih tukang urut dari Siam, badan putih, ada six pack dan berambut pendek. Manakala Kalam pula memilih tukang urut yang berkulit cerah seperti citarasanya sejak dulu. Dia memilih Zam, berbadan tegap rambut paras bahu nampak macho sekali.
Selesai urusan pilih-memilih maka tauke Cina menyuruh duduk sebentar kerana dia hendak menetapkan bilik mana untuk mereka berempat. Sepuluh minit kemudian tauke Cina itu memanggil mereka dan menyebut bilik masing-masing. Kalam rasa gementar juga kerana ini adalah pertama kali dia menjejaki kaki ke pusat urut untuk orang-orang seperti kita.
El berhati-hati menuruni tangga menuju ke belakang Tok Imam diiringi oleh teman rapatnya Rosnizawati. Kemudian dia duduk disebelahnya bapanya. El juga memakai baju berwarna krim sedondon dengan Fadil. Nampak sedikit gementar diraut wajahnya. Hampir-hampir juga menitik airmatanya. Dikemam-kemam bibirnya yang merah jambu lantaran solekan mak andam. Fadil pula memandang tepat ke arah tunangnya itu. Mukanya seakan kaku. Adakah dia berjaya melafazkan akad untuk sekali lafaz?
“Bila abang setuju meminang saya, maka abang akan sedia menerima saya seadanya dan abang sedia untuk tinggalkan dunia gelap abang itu. Abang janji dengan El …abang janji?”
“Takde dunia gelap dalam hidup abang. Apa yang abang lalui selama ini adalah jalan hidup abang. Telah tersurat. Tapi jika nanti El menjadi isteri abang, abang akan jadikan El orang yang paling bahagia dalam dunia ini”
“Abang janji ye bang… Cinta saya tak pernahnya berbelah bagi terhadap abang” manik-manik jernih mula menitis ke pipi mulus El. El mengharapkan janji dari sang perwiranya.
“…………” Fadil terdiam.
“Abang janji.. abang….”
“Abang janji” akhirnya janji yang tak pasti Fadil berikan.
El mengesat airmata dipipinya. Tersedu-sedu. Hati seorang perempuan memang rapuh. Kalau cinta telah diberikan oleh sang Hawa, maka dalam fikirannya Adam akan menghargai cinta suci itu selamanya dan mengharapkan kesetiaan sang Adam.
Kalam masuk ke dalam bilik bernombor 12. Ternampak tilam yang diletakkan diatas lantai terletak kemas. Cahaya suram-suram menerangi bilik itu. Tidak lama kemudian Zam masuk dan bersalaman dengan Kalam.
“Biasa atau naked?”
“Aaa… mmm biasa” Tak tahu pula kena pilih begitu Kalam terkejut dan Rizan tidak pesan pun tentang hal ini.
“Nama apa?”
“Panggil saja Kal”
Kalam pun membuka bajunya, kemudian seluar dan kemudian seluar dalam. Malunya…. Haris dan Rizan pesan supaya berbogel apabila sampai ke dalam bilik, kalau tak, tak syok la, tukang urut pun tak stim. Dia teringat kata pesanan itu. Tanpa disuruh, dia pun meniarap ke atas tilam yang kemas itu. Zam hanya berseluar pendek berwarna biru Memang seksi tambahan lagi dengan dadanya yang kekar. Zam terus memulakan urutan dibahagian kaki. Kalam terasa sakit kerana dia jarang berurut.
“Kal dari mana?”
“Dari Keramat. Zam pulak duduk mana?”
“Oh.. saya dekat-dekat sini je. Dekat sini part time je”
Setelah habis bahagian kaki, naik pula bahagian belakang badan. Kalam dapat rasakan betapa sedapnya bila diurut dibahagian ini.
“Biasa ke datang sini”
“Tak, ini kali pertama.. Ouchh, sakit”
“Oh sorry. Kawan-kawan bagitau tempat ini ke?
“Ya”
Zam terus mengurut Kalam, kali ini Kalam berbaring pula. Alamak, malunya. Alah macam tak biasa. Dia memujuk dirinya sendiri. Alat sulitnya dilihat oleh Zam. Zam seperti biasa saja. Maklumlah, sudah biasa dengan itu semua. Zam pun mengurut tangan Kalam sampai ke perut. Alat sulit Kalam tiba-tiba naik sedikit demi sedikit. Zam meneruskan urutannya seperti biasa. “Besar juga ya” Zam menegur alat sulit Kalam. Kalam hanya tersenyum. Perut Kalam pula menjadi bahan usapan tangan Zam. Kini tibalah masanya untuk Zam mengurut batin. Kalam terasa semacam kerana alatnya itu sedang betul-betul mengeras. Zam menambahkan minyak pada alatnya itu. Kalam tidak dapat menahan lalu jari-jarinya mencari alat sulit kepunyaan Zam yang sejak tadi dilihatnya keras melintang dibalik seluar biru pendeknya itu.
“Ok, kita mulakan sekarang. Semua sudah ada disini yer…” Sejurus selepas itu Tok Imam tersebut pun membacakan sedikit ‘ceramah agama’ tentang perihal rumahtangga dan Fadil mendengar dengan tenang. Kemudian Fadil diminta menandatangani surat nikah yang telah sedia Tok Imam hulurkan kepadanya. Fadil berdebar-debar. Mikrofon didekatkan, tangan Tok Imam dan Fadil bersalaman. Fadil menggeletar.
“Fadil bin Abd Aziz”
“Saya”
“Aku nikahkan akan dikau dengan Syarifah El Lateefa Bt Syed Al Bakri dengan mas kahwinnya lapan puluh lapan ringgit tunai”
“Aku terima nikah Syarifah El Lateef… Bt Bakri dengan mas kahwinnya lapan belas ringgit tunai”
“Ini tak sah ni… kita mula sekali lagi yer. Sabar ye nak” Tok Imam memulakan semula sambil orang di sekeliling ketawa kecil melihat Fadil berdebar-debar malam itu.
“Aku nikahkan akan dikau Syarifah El Lateefa Bt Syed Al Bakri dengan mas kahwinnya lapan puluh lapan ringgit tunai”
“Aku terima nikah Syarifah El Lateefa Bt Syed Al Bakri dengan mas kahwinnya lapan puluh lapan ringgit tunai”
“Sah..!”
“Aaaaaargh……” Perlakuan Zam membuatkan alat sulit Kalam memancutkan air mani sang teruna.
Selamat sudah. Semua orang yang lainnya mengangkat tangan berdoa selepas Fadil sah dinikahkan dengan El.
Selesailah sudah kerja mengurut empat sekawan tadi. Semua mengambil masa satu jam sahaja. Kos disini agak mahal iaitu RM50 bagi 1 jam jika waktu ‘rawatan’ adalah melebihi pukul enam ke atas. Semua nampak lega walaupun urutan batin biasanya terlajak kepada ‘pembuangan air’. Kalam rasa teruja dan rasanya dia akan datang lagi ke tempat ini. “Weh nyah, kau main tak dengan tukang urut tadi?” Kalam membelokkan sterengnya keluar dari kawasan itu.
“Mmmm adalah…. Rahsia” Rizan berahsia pula halnya dengan tukang urut tadi. Padahal dia sempat melolo lalu diberikan sedikit tips untuk Jeffri..
“Kau ni kan, cerita aku kalau boleh nak selongkar habiskan, tapi cerita sendiri kau zipppppp”
Kereta Kalam laju meluncur ke Jalan P. Ramlee. Rizan melihat jam kereta Kalam menunjukkan pukul sebelas malam. “Aku rasa dah selamat dah Fad nikah malam ni…” Rizan memecah kesunyian. Kalam hanya diam. Dia sekarang mencari tempat untuk meletakkan keretanya di sepanjang Jalan P.Ramlee. Seperti biasa ramai orang mengunjungi pusat hiburan La Queen untuk berhibur malam ini. Seperti dijanjikan Kalam, Rizan bertemu Haris dan Zaki di depan La Queen. Pengunjung yang rata-ratanya orang-orang seperti kita sekadar berlegar-legar di kawasan La Queen. Mereka berempat hanya lepak disitu sambil mencuci mata melihat-lihat golongan ini yang suka berfesyen dan stylo. Haris tidak boleh berbuat lebih kerana Zaki ada disitu. Manakala Rizan dengan sifat bitchynya memanggil ‘abang…’ pada setiap lelaki yang can do dimatanya dengan nada yang menggoda. Huh pantang…. Setelah sejam, orang makin ramai dan mereka pun turut masuk ke dalam. Kalam ingin menari sepuas hatinya dan tidak mahu mengingati sesiapa pun sekarang ini. Keadaan di dalam sesak. Muzik amat bingit Bermacam-macam ragam manusia yang Kalam lihat. Mereka menari sepuasnya hampir tiga jam.
Jam tiga pagi pengunjung beransur keluar. Haris dan Zaki meminta diri untuk pulang dahulu. Kalam mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia terlihat ada satu sms masuk pada pukul dua belas setengah malam tadi. Lalu di bukanya. Fadil - saya dah selamat nikah. Dia tidak membalasnya. Hati Kalam gelap seketika tetapi dia telah lama bersedia dengan sms ini. Kalam telah bulatkan tekad.
“Rizan, kau tolong drive…..”
Kalam terus memasang CD Judika track nombor 4 di alat pemain mp3 keretanya.
Bukan Salah Kita
Sayangku ini bukan salahmu
Ini bukan salahku bukan salah kita
Sayangku ini bukan mauku
Mungkin memang jalan kita harus berpisah
Kini aku pergi tinggalkan dirimu
Tak pernah terbayangkan ini terjadi
Relakan kisah kita berbuah jadi kenangan
Walau sakit di dada, terasa berat
Sayangku ini bukan salahmu
Ini bukan salahku bukan salah kita
Oo… sayangku ini bukan mauku
Mungkin memang jalan kita harus berpisah
Kini aku pergi tinggalkan dirimu
Tak pernah terbayangkan ini terjadi wo.. oo..
Relakan kisah kita berbuah jadi kenangan
Walau sakit di dada, terasa berat
Airmatanya ditahan mendengar lagu itu. Dia takut Rizan akan melihatnya. Hanya lagu yang mengisi ruang kereta. Rizan faham sangat dengan sikap Kalam. Rizan tidak berani berkata-kata. Setelah sampai dirumah dia tergesa-gesa masuk ke biliknya dan manik-manik jernih berguguran untuk kesekian kalinya dari mata seorang lelaki.
----------Ж-----------
Khemah kenduri kahwin di rumah El berwarna ungu. Sebanyak tujuh khemah semuanya terletak didepan rumah. Para jemputan telah mula datang. Persandingan pengantin dijadualkan pada pukul dua setengah petang. Ibu bapa El seperti biasa melayan tetamu yang hadir. Di bilik pengantin perempuan Rosnizawati berada disamping El yang telah disiap disolek oleh mak andam. Baju songket ungu cair memang cocok dengan El ditambah dengan seri pengantin. Hanya mereka berdua sahaja di bilik itu ketika ini.
“Aku doakan perkahwinan kau ini sampai ke akhir hayat El” Ros cuba mendoakan kebahagiaan rakan baiknya.
“Minta-minta begitu lah Ros”
“Aku ni bukan apa El, aku takut kalau-kalau Fad kembali atau pun menjalinkan hubungan senyap-senyap dengan budak tu. Aku tau aku tak patut cakap macam ni pada hari ni. Tapi entah lah El, kau jagalah Fad betul-betul. Aku tau kau sayangkan dia lebih dari diri kau sendiri”
“Kalau aku dapat tau budak tu buat hal lagi tau la apa aku nak buat Ros. Antara aku dan Fad biar aku uruskan. Aku dah kenal Fad dua tahun Ros. Aku dah banyak berkorban untuknya. Tak mungkin dia tergamak buat kat aku. Kau jangan bimbang. Walau apa pun terjadi Fad sudah jadi milik aku sekarang. Lagipun aku dah buat perjanjian dengan Fad kalau benda ini berlaku di masa hadapan”
“Perjanjian… Perjanjian apa?” Ros rasa ingin tahu sangat.
“Itu tak perlulah kau tau Ros. Itu antara aku dan Fad saja”
“Terpulanglah El. Aku doakan yang baik saja. Aku nak tengok kau bahagia.”
“Terima kasih Ros”
“Eh sekarang dah pukul berapa ni? Tak sampai-sampai lagi Fad ni?” El kelihatan cemas manja.
“Ala baru dua suku. Kejap lagi datang la rombongan pihak lelaki” Ros cuba menenangkan keadaan El.
Tepat pukul dua setengah petang rombongan pihak lelaki sampai. El sedang duduk di pelamin menunggu pengantin lelaki. Paluan kompang mula kedengaran diiringi nyanyian dari pasukan kompang. Fadil berjalan perlahan menuju ke pelamin dan sepupunya menjadi pengapit kepadanya. Dahulu Fadil berangan-angan supaya Kalam sendiri yang menyandang tugas ini. Tapi apakan daya. Fadil terpandang-pandang jika Kalam muncul di majlis pihak perempuan. Tapi tidak kelihatan pula. Mungkin dia akan datang semasa majlis dirumahnya yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Fadil pula cuba memujuk dirinya sendiri.
Bab 15
Pada minggu berikutnya Fadil terpaksa bekerja pada hari Rabu kerana kerja di pejabat memerlukan dia datang. Persiapan perkahwinannnya belum siap sepenuhnya. Cuma ada beberapa hal lagi yang belum diselesaikan. Ibunya boleh dikatakan mengatur segala persiapan. Hari Rabu itu Fadil amat sibuk kerana dia perlu bereskan satu hal sebelum dia bercuti selama seminggu pada minggu hadapannya. Ketika dia bersiap hendak pulang tetingkap ymnya di buzz oleh seseorang.
Matrix666 : Hai. Apa kabar. Senyap je…
Nakrasa : Oh ada ni. Bz sikit lately.
Matrix666 : Ye lah orang penting katakan.
NakrasA : Takdelah. Aku baru je kawin minggu minggu lepas.
Matrix666 : Laa ye ke… x jemput pun. a/way tahniah
Nakrasa : thnx.. lagipun hari tu rumah perempuan. Minggu ni rumah aku. Datanglah.
Matrix666 : Oo. Segan la dah la x dapat kad undangan. Tapi rumah kat mana?
Nakrasa : Ala datang je la. Lagipun pengantin sendiri yang jemput ni. Rumah aku kat Pandan Indah dekat2 LRT Cempaka. Hari Ahad ni, datang la…
Matrix666 : Kat apartment apa?
Nakrasa : Apt. Suburbia Hari Muka.
Matrix666 : ooo. Ok aku datang insya-allah
Nakrasa : Tapi camana aku nak kenal kau? Ada gambar?
Matrix666 : Nop. Aku discreet sikit. A.way aku akan pakai baju mmmm kejap…. Ok kemeja merah lengan pendek kotak-kotak.
Nakrasa : Kotak kecik2 ke besar2?
Matrix666 : kecik2. Suar hitam
Nakrasa : ok…. Rambut?
Matrix666 : amboii macam nak blind date pulak. Marah isteri tu kang. Rambut sikat depan style plu tu….
Nakrasa : ok… kalau datang nanti jangan lupa tegur ok.. bawak la kawan opss ada bf kan? Bawak ler sekali.
Matrix666 : ok insya-allah
Akhirnya Fadil akan bertemu juga dengan steady chatternya. Namun dia ingin menjemput Kalam tapi ymnya off pula. Lalu dia mengsms Kalam memujuk. Seperti biasalah Kalam senyap saja tidak balas apa-apa.
----------Ж-----------
Pada hari itu Sara mengajak Kalam keluar. Pada mulanya Kalam tak dapat penuhi permintaannya itu kerana malas. Tetapi oleh kerana Sara pandai memujuk maka mereka berdua keluar bersama. Sara teringin keluar lagi kerana katanya dia seronok dapat keluar dengan Kalam. Sara teringin menaiki Eye On Malaysia kerana dia tiada kawan yang boleh menemani untuk menunaikan cita-citanya itu.
Mereka pun pergi kesana. Orang tidak ramai sangat pada ketika itu. Maka mereka cepat mendapatkan tiket. Pusingan yang mengambil masa dua belas minit itu memang mengujakan mereka berdua. Kalam pula jadi seronok daripada tiada mood hendak keluar pada awalnya. Pada ketika gondola yang mereka naiki berada di puncak Sara berasa takut dan kalau boleh dia mahu memeluk Kalam tapi apakan daya hanya peluk tiang sajalah. Kalam dapat melihat riak wajah Sara yang ketakutan dan cuba menenangkan Sara. Mata bertemu mata. Dalam masa empat saat tiada dialog dilontarkan. Seakan ada garisan lurus yang menyambungkan mata Sara dan Kalam. Sara cepat-cepat mengalih pandangannya ke luar. Pemandangan Kuala Lumpur amat cantik hari itu. Sara tiak tahu apa yang Kalam fikirkan ketika ini. Malu juga. Bukan dia tak pernah mengalaminya. Dahulu dengan Shah bukannya tidak pernah. Malah Shah gemar memandang matanya kerana Sara mempunyai sepasang mata yang cantik. Perangai Shah lain sedikit Suka menyakat Sara sebab itu dia terpikat. Tetapi perangai Shah yang melebihkan keretanya daripada Sara sendiri buatkan Sara tak tahan. Lalu putus. Termengelamun pula Sara mengingati hubungannya dengan Shah dahulu
.
“Sara….” Kalam memanggil.
“Sara….” Sara tersedar dari lamunan.
“Eh ye ada apa?
“Berangan eh… ke ingat seseorang?”
“Eh takdelah” Muka Sara kelat.
“Mesti ada apa-apa ni?”
“Ya Allah, takde… saya ok je” Sara tersenyum. Gondola yang mereka naiki telah pun sampai ke bawah. Mereka pun keluar dari perut gondola. Entah mengapa tiba-tiba Kalam menghulur tangan kepada Sara dari bawah. Sara pula dengan tidak teragak-agak menyambutnya supaya memudahkan Sara keluar dari gondola itu.
“Lepas ini kita nak kemana?” Tanya Sara
“Eh. Tanya kita pulak. Bukan kita yang ajak dia keluar”
“Ala Kal ni, Kal pun bole bagi idea” Sara seakan merengek dan Kal tak biasa dengan hal ini. Dia mengerut dahinya tetapi dipaling mukanya ke arah lain.
“Kalau macam tu kita pergi ermm tengok wayang lah”
“Kal ni suka tengok wayangkan. Cik Pah kata Kal ni seminggu sekali tengok wayang, betul ke?”
“Ish takde lah. Kalau ada masa je. Kalau takde cerita yang taste Kal dalam satu minggu tu takkan nak tengok jugak. Cik Pah ni, apa lagi yang dia bagi tau pada Sara?”
“Mmm dia kata Kal ni susah sangat nak jatuh hati pada perempuan, betul ke?”
“Ei.. Cik Pah ni ada-ada je lah. Ni yang Kal tak suka ni…”
“Ala mungkin dia saje je tu nak test Sara”
“Test apa?”
Sara hanya tersenyum manja. Dia tidak mahu teruskan. Dia akui tersilap cakap tadi. Tak sepatutnya dia Tanya perkara itu. Sebenarnya dia ingin mengatakan kalau benar Kal ini seseorang yang susah jatuh hati dengan perempuan, dia akan berusaha bersungguh-sungguh supaya Kal jatuh hati padanya. Tapi takkan nak cakap pula kan. Dia mengakui bahawa dia sudah mula suka pada Kalam. Kalam pula cuba-cuba untuk bercinta dengan perempuan. Jadi Sara adalah bahan eksperimennya.
“Agaknya Cik Pah tu saje nak kenakan kita kan”
‘Mmm dia memang macam tu. Risau sangat saya ni tak kawin-kawin.”
Mereka sampai ke kereta Kalam. Lalu berlalu menuju ke Berjaya Times Square setelah Kalam memutuskan supaya ke sana.
“Tu lah ibu bapak zaman sekarang ni risau sangat kalau kita ni lambat kawin kan?”
“Itulah, ingat kawin ni perkara mudah ke? Dah la, bosan topik ni…. Ni nak tanya Sara, hujung minggu ni ada apa-apa rancangan tak?” Tanya Kalam sambil memandu.
“Takde.. kenapa?”
“Aa nak ikut Kal tak?”
Sara tersenyum gembira sambil memandang keluar tingkap sedaya-upaya menyembunyi perasaannya ketika itu walaupun dia tak tahu ke mana Kal ingin bawanya nanti.
“Nanti Kal jemput Sara dekat rumah. Hari Ahad dalam pukul dua belas tengahari. Ok?”
“Ok. Tapi nak ke mana?” Sara teringin sangat nak tahu.
“Ala ikut je la. Tapi pakai baju kurung tau, cantik-cantik sikit”
Sara menjadi bertambah teruja ingin tahu kemana sebenarnya Kalam igin membawanya dan Sara tidak sabar menunggu hari Ahad.
Bab 16
Cuaca nampak cerah. Awan berarak dengan cantik sekali seakan tahu hari ini hari yang bermakna bagi sepasang mempelai. Kali ini giliran pihak lelaki pula meraikan raja sehari. Tema warna hijau muda menjadi pilihan keluarga Fadil dari Ibunya sampailah ke baju penanggah. Pakcik Fadil penyambut tetamu paling depan sekali bagi mewakili kaum lelaki. Lagu Selamat Pengantin Baru oleh Anita Sarawak bergema menghiburkan tetamu yang hadir. Pelamin yang siap sedia menanti pasangan mempelai tersergam indah di ruang tamu. Tetamu semakin ramai yang datang sambil membawa hadiah. Hidangan nasi minyak, kurma daging, ayam masak merah, dalca dan buah-buahan adalah menu biasa bagi menjamu tetamu. DJ pada hari itu agak keletah mengendalikan acara pada petang itu.
Fadil dan El didalam kereta sepupunya yang menjadi pengapit tempoh hari menuju ke rumah Fadil. Busana pengantin yang berwarna hijau itu nampak cantik dan mahal. Fadil duduk di sebelah pemandu. Manakala Rosnizawati disisi El kadangkala membetulkan solekan El. Rombongan keluarga El berada di belakang dengan beberapa buah kereta.
Tidak lama kemudian, mereka pun sampai di rumah Fadil. Mereka memberhentikan kereta jauh sedikit untuk memberi laluan pengantin untuk berjalan. Pengapit membawa payung kuning melindungi raja sehari dari terik panas matahari. Kumpulan kompang telah sedia untuk memalu kompang. Hanya menunggu arahan. Kedua-dua pengapit membetulkan busana pengantin mana yang tak kena. Apabila sudah dipastikan bahawa semua ahli rombongan telah bersedia, arahan dikeluarkan maka paluan kompang memecahkan suasana. Tetamu yang hadir mula memandang ke arah raja sehari yang berjalan menuju ke rumah Fadil.
“Kita nak ke mana ni Kal? Kal tak jawab dari tadi” Sara berulang kali bertanya.
“Kita nak pergi kenduri kahwin kawan saya”
“Ooo jadi apa yang rahsia sangat dari hari tu?”
“Saje je nak sakat Sara”
“Ooo sekarang dah pandai sakat kita yer, ni yang nak report Cik Pah ni”
Kalam tanpa membuang masa terus bertolak ke Pandan Indah dari rumah Sara. Dia merasakan hatinya cukup kuat untuk menempuh semua ini. Dia akan tunjuk pada Fadil yang dia sudah mempunyai ‘teman wanita’ agar dengan harapan Fadil tidak mempunyai niat untuk mendekatinya lagi. Ini bukanlah permainan Kalam tetapi biarlah dia tahu bahawa hubungan ini tak akan ke mana kerana seseorang hamba tuhan perlu akur kepada hukum yang tuhan ciptakan.
Sementara itu Rizan datang bersama Haris dan Zaki ke majlis perkahwinan Fadil kerana Kalam ingin menjemput Sara dahulu. Tiba-tiba Haris teringat akan undangan perkahwinan steady chatterrnya petang kelmarin, juga berlangsung di sini iaitu dikawasan rumah Fadil. Tapi di kawasan ini, Haris mendapati terdapat dua majlis perkahwinan. Haris akhirnya mengambil keputusan iaitu setelah selesai majlis di rumah Fadil dia akan ke majlis yang satu lagi dan bertanyakan nama pengantin lelaki tersebut. Alamak! Haris lupa pula hendak bertanyakan nama sebenar steady chatternya itu sambil menepuk dahinya.
Rizan, Haris dan Zaki telah tiba dahulu di Pandan Indah. Mereka menyaksikan ramai tetamu telah hadir. Dengan tidak membuang masa mereka terus menjamah hidangan.
“Mana Kal tak sampai-sampai ni…” kata Haris sambil menjamah hidangan.
“Kejap lagi sampai la tu. Dia kata nak datang dengan sorang perempuan” Balas Rizan.
“Perempuan? Setahu aku dia takde sangat kawan perempuan kecuali officemate dia” Zaki pula bersuara.
“Eei, awak mana tau? Tapi dulu dia kata tak nak datang bila Fadil kawin. Ni tiba-tiba je datang, dengan perempuan pulak tu. Sanggup tak dibawaknya Rizan ni sekali ha” Haris pula hairan dengan tindakan kawannya itu.
“Nampaknya pengantin nak sampai tu” Rizan terpandang-pandang ke arah jalan raya di hujung sana..
“Ya la dah sampai dah tu” Haris pula mengiyakan.
Kalam dan Sara tepat tiba pada masanya. Dia tahan saja hatinya. Dia berharap nanti akan dapat bertemu Fadil semasa pengantin makan beradab. Dari kejauhan, Kalam dan Sara hanya memandang pengantin berjalan masuk ke dalam rumah. Dia mahu Fadil dan El melihat Sara di sisinya nanti. Maka dalam fikirannya kuranglah marah Si El itu nanti apabila melihat Kalam datang bersama seorang perempuan.
“So, jom la kita makan, Sara dah lapar ni”
“Tunggu la kejap pengantin masuk rumah dulu kay” Kelibat pengantin tidak dapat dilihat jelas .
Maka berjalanlah dengan perlahan sepasang mempelai. Sekali lagi pengantin nampak malu-malu bila ramai orang memandang mereka. Kadangkala tersenyum simpul. Maklumlah menjadi tumpuan ramai. Jurukamera pula sibuk merakam detik bersejarah ini. Pasangan pengantin semakin mendekati pintu rumah sedia untuk bertakhta di pelamin. Buat beberapa ketika pengantin dibiar duduk menikmati pandangan mata hadirin. Ada juga yang sibuk mengambil gambar. DJ pun membuat pengumuman dan menjemput ahli-ahli terdekat keluarga terdekat sebelah pihak lelaki supaya tampil menepung tawar. Seorang demi seorang tampil merestui pasangan ini.
Dengan tiba-tiba Kalam seakan mahu melihat Fadil bersanding kerana dia mahu menyaksikan di depan matanya sendiri bahawa kekasihnya itu kini telah sah dimiliki insan lain. Gerakan fizikalnya menurut kata hatinya. Ditariknya tangan Sara menuju ke rumah pengantin. Kalam berhenti di satu sudut di mana dia dapat melihat Fadil bersanding sambil ditepung tawar oleh sanak saudara serta kenalannya. Kalam tak dapat menahan sebak. Dia ingat dia kuat. Apatah lagi ada Sara di sisinya. Namun matanya tak dapat menahan kebanjiran airmata yang sejak tadi terbendung. Dia meluru masuk untuk menepung tawar sambil mengesat airmatanya. Dia tidak hirau keadaan sekeliling. Sara terpinga-pinga diluar. Rancangan tadi di mana untuk bertemu semasa pengantin makan beradab telah hilang dari ingatannya. Fadil serta El terperanjat sambil berpaling sesama mereka. El cuba menahan sabar. Dia melihat Kalam mengambil perenjis lalu merenjis ke arah pengantin dengan mata yang merah. Selesai merenjis lalu dipeluknya Fadil seolah-olah tidak mahu kehilangannya. Orang yang berada disitu terpinga-pinga dan saling bercakap-cakap. Keadaanya sedikit kecoh tapi terkawal. Tiba-tiba ibu Fadil muncul disitu. Namun dia membiarkan saja. Dia sudah menjangkakan kebenaran tentang apa yang difikirkannya dahulu. Matanya pun turut sama berkaca. El terus cuba bertenang kerana tidak mahu majlis bertukar tragedi. Sara diluar asyik memandang penuh khusyuk. Dia mencari kemungkinan mengapa Kalam menangis sejak tadi dan dia rasa telah dapat jawapan kepada kemungkinan itu. Sara berasa geram dan… dia tak pasti ada perkataan yang boleh menggambarkan perasaannya saat ini. Kenapa Kalam menjemput dia untuk menyaksikan semua ini?
Tiba-tiba Haris muncul di sebelah Sara.
“Awak yang datang dengan Kalam tadikan, apa yang dah jadi kat dalam tu” Haris menegur Sara.
“Maaf saya nak balik” Sara tiba-tiba meminta izin untuk beredar dari situ kerana tidak percaya apa yang berlaku. Tapi masih tidak pasti adakah jawapan yang ada padanya itu betul. Haris memandang Sara yang berlalu begitu saja. Haris pun masuk ke dalam mahu melihat Kalam.
Haris melihat dan mendegar Kalam berkata tahniah kepada Fadil. Fadil hanya tersenyum dan airmatanya pun sedikit tumpah. Masakan tidak, kekasih gelapnya sendiri sudi menepung tawar dan merestui perkahwinan itu. Dipandangnya pula muka Haris. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kemeja merah kotak-kotak kecil serta rambut sikat ke depan. Haris!
“Haris!” Fadil masih ingat muka Haris semasa dia melihat gambar Haris di dalam bilik Kalam tak lama dulu.
“Ye…saya” kata Haris dan dia melihat Kalam terus pergi dan tidak sempat menghalangnya.
“Aku Nakrasa” Fadil tiba-tiba mengaku dialah chatter dengan nick Nakrasa dengan agak kuat. El mencubit peha Fadil. Apalagi yang berlaku disini. El marah dalam hatinya.
“Oooooo kau lah Nakrasa? Macam mana boleh kenal aku?” Haris tak ingat apa-apa sebab keadaan kelam-kabut.
“Tu baju dan rambut kau!”
“………ohh baru ingat” Haris tergamam.
“Ye la… eh pergi tengok Kalam tu cepat….” Fadil berkata dalam nada yang perlahan. Muka El bertambah geram tapi apakan daya dia tetap bersabar tapi riak wajahnya masih kelihatan marah. Ros disebelahnya cuba menenangkannya sambil mengipas dan menyuruhnya senyum. Kalam telah keluar dan perasaan malu menyelubunginya ketika ini. Dia terus berlari kecil menuju ke kereta. Haris terus memanggilnya
“Kal… Kal….”
Namun Kal terus beredar bersama keretanya tanpa Sara disebelahnya.
----------Ж-----------
“Ya Allah apa Kal dah buat ni?” Haris memandu kereta pulang dari majlis perkahwinan Fadil bersama Zaki dan Rizan.
“Aku pun tak tau lah. Aku tengok sendiri malu” Rizan pula mengambil alih giliran bersuara.
“Aku pun tak faham, dia bawak perempuan lepas tu dia nangis-nangis kat dalam tu.. heeeei. Dah la jurukamera tu rakam apa yang jadi tadi.” Ujar Haris.
“Aku rasa tak ada plu buat yang macam ni, buat malu je” Ujar Zaki.
“Korang nak tau tak Fadil tu sebenarnya steady chatter aku selama ini rupanya”
“Eh ye ke, Camana pulak tu” Rizan bingung.
“Ye la dia ada jemput aku ke majlis kahwin dia ni tapi aku tak tau yang sebenarnya dialah Fadil” Haris menjelaskan.
“Oic….” Ujar Zaki dan Rizan serentak. “Keciknya dunia” Rizan sahaja.
“Eh… tu macam perempuan tadi je.. berhenti.. berhenti” Rizan menyuruh Haris memberhentikan keretanya apabila melihat Sara sedang menunggu teksi.
“Cik yang tadi datang dengan Kal kan?” Rizan bertanya kepada Sara dari dalam kereta.
“Ye kenapa…”
“Marilah kami hantar balik” Ujar Haris pula.
“Takpe. Terima kasih saje. Korang boleh balik. Terima kasih sekali lagi” Kereta Haris terus beredar dari situ. Mereka tidak mengenali Sara.
Bab 17
Kalam masih dalam keadaan bingung sama ada dia ingin teruskan perhubungan dengan lelaki berbaju merah yang dia jumpa semasa di Cash Converters itu. Peristiwa silam amat menakutkan dirinya. Sampai bila harus menjalani kehidupan sebegini Kalam pun tidak tahu. Sesetengah orang tidak mahu memeningkan kepala dan apa yang dia tahu hendak enjoy saja. Dia memikirkan ibunya, saudara-maranya tetapi perlukah dia menjaga hati orang lain tetapi bukan dirinya?
Dia juga memikirkan tentang masa depannya. Apabila tua kelak siapa yang akan menjaganya? Sedangkan pula yang mempunyat zuriat pun menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Kalam sedih. Tiba-tiba dia teringatkan kampung. Ayah dan ibunya telah bercerai. Ayahnya telah kahwin lain, manakala ibunya masih tidak kahwin kerana menumpukan perhatian membesarkan adiknya yang berusia 9 tahun. Kalam sudah lama tidak menjenguk bapanya. Kalam rasa sudah lima kali Raya dia tidak balik ke kampung ayahnya. Entah apa khabar agaknya.
Dulu mereka sekeluarga susah senang bersama, tetapi kehadiran wanita lain dalam hidup bapanya telah menghancurkan segalanya. Kalam banyak menghadapi rintangan semasa belajar di universiti dahulu. Dengan masalah keluarga yang tidak selesai-selesai serta kewangan yang tidak mencukupi untuk dia meneruskan pengajiannya. Kalam menganggap dugaan tuhan yang maha esa berjaya mematangkannya. Berkat doa orang yang disayangi dia berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. Kini Kalam telah pun bekerja dan tiba masa untuk dia membalas jasa ibunya. Bapanya….? Juga.
Kalam berada dibiliknya pada petang itu. Dia baru pulang dari kerja tetapi entah mengapa fikirannya boleh memikirkan sesuatu yang berat pada petang itu. Esok adalah hari Sabtu. Dia teringatkan lelaki yang dijumpanya di Cash Converters itu. Lelaki itu sudah berjanji ingin berjumpa dengannya malam ini.
Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu di skrin.
Kalam - jumpa malam ni pukul 10. datang tau!
Fadil - OK!
----------Ж-----------
Fadil akur dengan keputusan Kalam. Walau apa pun dia harus terima semua ini dan mana mungkin dia akan melupakannya kerana dialah lelaki yang berjaya membuka hati untuk insan sejenisnya. Dia kini cekal menghadapi ombak kehidupan seterusnya.
Cekal
Semalam hujan turun lebat
Membasahi pohon yang kering
Lalu airnya gugur ke tasik hati
Sedalam rasa yang tergugut
Kisah-kisah hitam yang berdesing
Dalam ingatanku lalu mengganggu di sini
Ombak kehidupan
Yang menampar pipiku yang merah dalam marah
Tidak lagi mampu
Aku menangis sendiri dan siang datang mengganti
Oh sayang, berangkat tinggalkan
Aku sendiri dalam rindu merenung diri
Walaupun kau tak ku lupakan
Peristiwa bersamamu
Jadi sempadan
Ku cekal menghadapi hidup
Mengharungi sungai duka ke laut cinta
Apakah yang akan terjadi pada Kalam seterusnya?
Apakah Siti Maisara masih menaruh hati pada Kalam selepas peristiwa itu?
Adakah akan ada Genang 2?
Sekian
Runut Bunyi Genang :-
Watak-watak :
Siapakah yang anda rasakan sesuai membawakan watak-watak berikut jika Genang dipindahkan ke bentuk visual (layar kaca atau perak) ?